Saturday, February 6, 2010

Rahsia terbongkar!

Entri ni agak eksklusif sikit, which is I will tell everything that nobody didn't know yet. Err.. Silap silap. Bukan takde orang tau. Ada orang tau, tapi hanya orang terdekat saja. Actually it is all about myself when I am six years old. The 'stupid' things that had happened to me. Takde kaitan dengan sesiapa pun. Semua yang aku cerita ni adalah benar sebenar-benarnya. Tak main la tipu-tipu, okeh.. Hoho..

Mari teruskan pengembaraan mengarut ini..



Umur enam tahun :

  • Pernah jatuh dalam bilik air. Masa tu tengah mandi. Al-maklumlah.. Kanak-kanak ribena. Kalau mandi tu, tak sah kalau tak main sabun. Tak cukup dengan tu. Siap main panjat-panjat atas jamban. Sekali........ GEDEBUK! hambek kau! Badan kalau kecik takpe. Hasilnya.. TImbullah benjol sebesar bola sepak golf kat dahi.
  • Berak dalam seluar masa kat sekolah. Umur 6 tahun, parent aku dah masukkan aku darjah satu. Dalam kelas sikit punya pemalu! Tengah belajar tu tiba-tiba pulak sakit perut dan rasa nak buang air besar. Nak keluar pergi toilet, malu. Sekali dah terdesak sangat, aku pun angkat la tangan. Then cakap macam ni, "please teacher may I go out?". Belum sampai toilet lagi, aku dah terkencet (tahi dah terkeluar kat seluar dalam). Bila dah sampai dalam toilet, tak tau nak buat apa. Buka kasut, buka seluar dalam, semua kat luar. Buat macam kat rumah sendiri. Basuh sikit-sikit dengan air (sebab geli nak basuh banyak-banyak). Dengan muka toya, terus masuk kelas balik. Cikgu bau busuk. Cikgu suruh semua diri kat luar dan nampak taik kat baju aku. Cikgu cakap "memang sah la dia yang busuk.." Aaargghhhh.. Malu!!
  • Menyorok bawah meja masa subjek English. Cikgu yang mengajar tu suka sangat kacau aku. Tau lah aku ni comel.. Muahahhaa.. Abaikan! Malu punya pasal, aku menyorok bawah meja sepanjang dia mengajar. Tapi last sekali, kantoi jugak! Cikgu tu nampak!! Kecoh satu kelas.. Adeii..
  • First time ada perasaan minat kat seorang lelaki. Masa aku enam tahun, budak tu darjah enam. Dia kawan kepada along aku. I still remember his name. Abg ADNAN.. Hahaha.. Gilak!!
  • Bila time exam, akulah pelajar yang dapat nombor satu atau dua. Tapi dari belakang.. Muahahaha.. Tapi mak aku tak marah. Aku kan calon menumpang je. Yang seronoknya kan.. Walaupun dapat nombor yang teramat corot, tetap ada jugak orang bagi present. Senior-senior rajin bagi hadiah dan belanja aku macam-macam. Diorang tu semua kawan Along dan Angah aku. Huhu..
  • Pernah tersalah bawak beg sekolah balik rumah. Beg budak tu sama dengan beg aku. Confuse aku! Sebenarnya masa tu aku lupa mana aku letak beg aku tu. Tiba-tiba pergi kantin, nampak beg yang sama dengan beg aku. So, tanpa banyak soal, aku pun assume la tu beg aku. Balik rumah, mak mengamuk sebab mak kata aku cuai. Beg sendiri pun tak tau letak mana. Hikhik.. Kelakar~ Aku ingat lagi beg aku tu. Warna merah. Ada gambar singa. Kat atas kepala singa tu ada bintang-bintang. Huhu..
  • Pergi sekolah pakai uniform sekolah yang skirt tu. Bila hari Jumaat, mak suruh pakai baju kurung dan tudung. Mulalah muncung je. Masam je muka. Konon-konon mogok. Tak nak pakai sebab panas la kononnya.. Ceh. Menyampah gila!! Kalau pakai baju kurung, balik rumah confirm kena marah. Mana taknya. Pergi sekolah mak pakaikan complete! Baju, kain, tudung, anak tudung, stokin dan kasut. Bila balik sekolah, anak tudung dan tudung entah ke mana. Dah hilang... Hoho..
  • Pernah buli pembantu rumah. Kesian dia asyik kena marah dengan aku. Aku panggil dia makcik. Bila aku berak, dialah yang tolong cebokkan. Masa dia cebok tu, aku akan suruh dia letak sabun banyak-banyak. Selagi aku tak puas hati, selagi tu la dia kena menyental montot aku dengan sabun tu. Ya Allah.. Kejamnya aku. Tapi dia sayang aku tau. Masa dia nak berhenti kerja, dia menangis-nangis peluk aku. Dia kata lepas ni siapa nak jaga aku. Siapa nak cebokkan aku.. Huhuhuhu.. Sekarang baru rasa terharu..

Tu je la yang aku ingat sampai sekarang. Mak pun ingat jugak. Kalau cerita balik, mesti tergelak besar. Lepas ni aku bongkar lagi rahsia pasal aku masa zaman dolu-dolu. Korang pun mesti ada gak kan pengalaman macam ni. Apa kata korang cerita kat blog korang pulak. Waahhh.. Macam nak buat contest pulak gayanya. Huhu..

To be continue....



13 comments:

KaorU IchibaNa said...

wah,.ingat lagi eh perihal dulu2 XP..

best lak bce!nyorok bawah meje tu,kiter pnah alami XD,siap cikgu garang je nyorok..siap lari keluar kelas XD

isha said...

lawak gile

AuraFIza said...

KaorU IchibaNa

Haha..kelakar kan.Time tu budak-budak.Mana tau pape.Rasa nak kuar, kuar je..

AuraFIza said...

isha

Bila ingat balik, cnfirm gelak pny la..

kenwooi said...

not rahsia la.. it's just old young silly stories.. good to recall back the old days.. =)

kenwooi.com

AuraFIza said...

haha..but no one knows bout it..
so i prefer to call it my rahsia..
haha..

just call me uncle said...

hahahaha uncle baca citer ko ni..nak tergelak pun ada..biasalah masa kecik2..uncle dulu pun pemalu gak..biasa terkincit dalam suar masa kat sekolah gak sama cam ko hahaha

AuraFIza said...

hahaha..

rupanya terkincit masa zaman budak2 benda biasa ek..huhu..

Aujinz said...

huhuhu..
zaman kecik kecik laa paling best..

AuraFIza said...

btol btol btol..
kalo bole jadik kecik blk kan best ;)

Hami Asraff said...

Saya pun ada gak cerita masa 6 tahun. Masa tu main dengan kawan-kawan la. Lari laju2, tak nampak ada longkang depan. Nah ambik masuk longkang. Hahaha ~ Itu sahaja. Sekian.

AuraFIza said...

Masa zaman budak2, bab2 jatuh memang wajib..huhu

Anonymous said...

biasa la zmn budak... aku ni terkencet rak pernah pn..tp terkencing je...dh nk hbs waktu dh tak tertahan giler... selamba je kencing dlm kain...fuh br legaa..nikmat blh kencing walaupn dlm keadaan kain basah...