Thursday, December 24, 2009

It reminds me......

Tengok blog baru aku. Cantik? Nampak serabut kan? Dah tak tau nak buat macam mana. Tetap tak cantik jugak. Takpe.. Harap-harap benda ni tak lama. Aku akan sedaya-upaya mengubah suai blog terchenta ku ini kepada yang lebih cantik.. Walaupun aku sendiri tak tau nak buat macam mana.. Huhuhu... But I will try.. Just wait and see ;)

Dah lama kan tak update blog dengan cerita-cerita dongeng aku? Hahaha.. Menyampah sangat tengok blog sejak dua menjak dah berubah wajah ni. Tu yang takde mood langsung nak update..

Okey.. Bermula kisah dongeng aku..

Tadi saaaaangat bosan. Jadi, aku pun menyelongkarlah almari kat dalam bilik aku tu. Dan terjumpalah segala jenis kenangan kat dalam tu. Gosh! Sangat sedih bila teringat zaman muda remaja dulu.. Rasa macam nak kembali ke zaman tu balik.. Aku jumpa balik album-album lama. Tapi yang paling tersentap sekali bila tengok album ini.....



Inilah album yang menjadi harta kesayangan aku satu masa dulu. No need to talk much.. It's over! Semoga dia bahagia.. Err.. Pada yang tak tau dan terasa nak tau, klik SINI.

FORGET IT.. FORGET IT.. FORGET IT...

Ada lagi harta-harta yang aku jumpa. Rasa excited gila bila tengok balik all the collection.. Tak sangka aku boleh menyimpan barang-barang tu dalam jangka masa yang sangat lama. It is almost 10 years!

Antara kotak-kotak simpack yang menjadi koleksi aku. Ada lagi.. Tapi dah berhabuk-habuk. Malas nak keluarkan..

Ni pulak kad-kad topup. Aku kira-kira balik, jejak RM1000++
Kalau boleh jual balik ni, kaya-raya aku sekarang.. Muahaha..

Koleksi-koleksi yang lain pun banyak lagi. Tapi tak boleh nak ambil gambar la. Keadaan sangat tidak mengizinkan. Sebab semua benda tu dah berhabuk-habuk.. Malas nak bersihkan. Huhu.. Ada koleksi jam. Dulu suka pakai jam e-new. Bukan setakat cantik, tapi murah! Tu yang boleh beli banyak-banyak. Ada juga koleksi sampul duit raya. Memang menimbun-nimbun. Berjuta-juta lemon!! Hehe.. Banyak lagi laa.. Surat-surat cintan pun ada. Wahh.. Tergelak guling-guling aku baca.. Hahaha..

Aku akan simpan semua benda tu. Kenangan terindah! Cuma satu yang pasti, aku akan hapuskan kenangan aku dengan ex-boyfriend aku dulu. Yes.. I have to! Lagi pun, aku akan memulakan hidup baru dengan orang lain. Aku tak nak kenangan dengan dia mengganggu hidup kitorang satu masa nanti. Untuk pengetahuan semua, sekali aku dah sayang, memang aku sayang sungguh-sungguh. Jadi, agak susah la nak lupa.. Lagi-lagi first love kan..

Okey Okey.. Enough!!

Rasa seronok sebab dapat update blog setelah sekian lama tak update.. Sampai rasa macam tak nak berhenti menaip. Hehehe.. Dah lah yek.. Kita sambung esok-esok je la ehh. See you ;)



2 comments:

ika said...

anda pasti itu ialah first love??
hahhaha..

AuraFIza said...

muahahah..
first love laa..
yg len sume berlove-love..