Wednesday, September 2, 2009

Ada 'something wrong' di situ..

Entri ini ditulis semasa owner blog ini dalam mood melayan perasaan. Jadi, sebagai menghormati tuan punya tanah, marilah kita sama-sama melayan perasaan bersama2 beliau.. Kesian beliau keseorangan..

Tuan punya tanah ini mahu dikenali sebagai Baby Fiza saja. Untuk pengetahuan umum, Fiza berasa sangat sunyi ketika ini. Kenapa? Usah ditanya mengapa. Kerana soalan itu amat sensitif. Fiza cakap, dia lonely. Dan pada malam ini saja, sudah hampir 50 kali dia memutarkan lagu 'LONELY by Akon'.. Tapi agak bernasib baik kerana air matanya tidak bergenang dan tumpah ke pipi comelnya itu (hahaha..abaikan saja!).. Hari ini Fiza penat. Dia tak sahur. Sebab tu dia kekurangan tenaga hingga menyebabkan dia tertidur keletihan dengan keadaan tersandar di tepi almari (heh.. sangat menjengkelkan).. Haaa.. satu lagi fakta penting untuk diketahui umum, Fiza dalam mood berdiet. Jadi, dia hanya berbuka dan bersahur tanpa nasi. Itu juga adalah salah satu sebab mengapa dia sangat lembik hari ini. Walaupun cara dia berdiet itu salah, tapi tolong jangan marah dia. Kesian dia.. Dia lebih memerlukan semangat dan sokongan orang ramai. So, please...

Disebabkan mood melayan perasaan Fiza berada di tahap maksimum, Fiza ingin menggedikkan dirinya lagi dengan meletakkan gambarnya yang diambil siang tadi.. (sejak akhir2 ni, Fiza lebih suka menuduh dirinya GEDIK. Tapi setelah dia berfikir sejenak, dia hanya mahu dirinya digelar GEDIX. Mungkin perkataan itu lebih nampak OVER.. Fiza suka yang over2.. Hahhaaha)

Tengok tu.. Kesian tengok muka Fiza.. Nampak lesu dan tidak bermaya..
(err.. betul kan??)

Eh.. Ada pesanan dari tuan punya blog ni. Dia cakap, kalau rasa semacam, i mean rasa ntah apa2 ntah, baik keluar saja. Sebab memang tidak berbaloi anda semua menghabiskan masa dengan terus membaca jika hati tidak ikhlas. Keikhlasan itu amat penting dalam membuat semua benda. Ingat, hati kena ikhlas, okey! Fiza dah bagi tahu awal2 pada semua bahawa ini adalah mood melayan perasaan. Jadi, sehingga perkataan yang ditulis sekarang ini, masih lagi mengandungi unsur-unsur melayan perasaan..

Nampaknya, pengisian entri ini adalah kosong = ZERO! ini boleh dikategorikan sebagai USELESS! Tapi nak buat macam mana. Dah itu kemahuan tuan punya blog. Kita sebagai pembaca, terpaksa akur. Bak kata blogger lain, "Ini blog aku, ikut suka akulah nak tulis apa!!"..

Jadi, kepada pembaca yang disayangi, akurlah ye.. Fiza akan sayang anda lebih jika anda memang seorang pembaca yang dah akur..

Sekian..



3 comments:

mamapp said...

ala la siannyer.. dont think too much dear

AuraFIza said...

huhu..
i noe sis..
merapu2 dlm blog nih leh wat kte rasa sukeeee sgt..
i feel goooood ;)

Joe said...

sronok r melayan prasaan brsama..hehe