Thursday, August 27, 2009

kan best kalau.....

SATU....

Kan best kalau ayah bagi aku kereta. Senang sikit nak bergerak kat sini. Boleh pergi bazar Ramadhan kat Changlun tu, beli ayam golek (yummyyy!). Lagi pun dulu, ayah pernah cakap tau (mungkin juga berjanji), "Kalau dapat masuk U, ayah belikan kancil sebijik".. Aku ingat lagi masa tu ayah cakap masa aku tengah tunggu keputusan kemasukan U, means sebelum aku masuk UUM. Tapi masa tu memang aku tak terfikir langsung yang aku akan masuk U. Bila tengok keputusan, aku berjaya.. Apa lagi, teringat-ingatlah kat janji ayah tu. Berbunga-bunga hati.. Malangnya, sampai aku dah final sem dah ni, kancil yang dijanjikan tak juga muncul tiba.. "wuuu..sedey!" Nasib baik ada kereta sewa yang memudahkan pergerakan aku kat sini (ayat penyedap hati)..

Kalau ayah bagi bawak kereta ni pun best gak.. Walaupun tahu tak ada harapan,
tapi aku takkan berhenti berharap. Mana tau lepas raya ni, ayah lembut hati pula..
kan kan kan?? ;)

DUA..

Kan best kalau aku ada baaaanyakk duit! jadi orang kaya-raya.. wahhh.. seronok!!! Boleh beli apa je yang aku nak. Boleh beli perfume mahal-mahal, baju cantik-cantik, kasut, makan pizza selalu, shopping, jalan-jalan, melancong.. err.. dan bersedekah setiap masa.. best kan?? Nanti boleh la aku belanja korang. Cakap je nak beli apa. Korang boleh jadikan aku 'bank' korang.. Korang seronok, aku pun seronok.. Wahahah.. besh2..

Tapi.............

Aku baru teringat. Orang jahat suka kat orang banyak duit kan?. Isk.. Takot ah!! Lepas tu, teringat pula kat cakap ustaz sekolah agama aku dulu, "orang yang banyak duit ni sebenarnya lagi senang dapat dosa.. Kalau dia ada duit banyak, tapi tak gunakan pada jalan yang sebetulnya, memang berdosa besar.." Memanglah aku tak gunakan duit tu untuk kejahatan, tapi takut jugalah kan kalau-kalau duit tu aku TERsalah gunakan. TERover shopping ke, TERlupa nak tolong orang susah ke, TERlalai dengan kemewahan yang ada ke... isk2.. namau la. abaikan part kedua ni.. NEXT!!

TIGA..

Kan best kalau aku dapatkan lupakan si 'dia'. Tak adalah aku rasa nak kembali balik pada zaman dolu-dolu.. Setiap kali teringat 'dia', mesti aku sunyi. Yelah.. dulu ada tempat nak bermanja. Sekarang dah tak ada siapa nak melayan kita. Memanglah terasa sunyi yang amat..

EMPAT

Kan best kalau daripada sem 1 lagi, aku belajar betul-betul dan dapat Anugerah Dekan. Teringin juga nak merasa macam mana bahagianya student yang dapat Anugerah Dekan ni. Seronok je kan.. Tu lah, orang suruh belajar, aku tak nak belajar. Pemalas! Suka buang masa! Sedar diri tapi tak nak ubah perangai.. Cita-cita tinggi, tapi usaha tak ada. Perangai apa ntah yang dah merasuk dalam diri ni. Aku ada juga meluahkan rasa kekesalan diri ni pada 'someone'. Dia kata aku ni banyak dosa. Nak kena bersihkan hati tu dulu, baru hati jadi tenang. Bila hati tenang dan bersih, buat apa je, InsyaAllah menjadi.. Mulai dari hari tu, kata-kata dia sentiasa terngiang2 je kat telinga ni. Mungkin betul apa yang dia cakap. Ehh.. Bukan mungkin betul, tapi MEMANG betul..

LIMA..

Kan best kalau.....

kalau apa lagi ye?? haaaaaa.. kan best kalau sekarang ni aku dah bersedia untuk jawap soalan exam esok. Tak adalah aku rasa susah hati je. Sebab banyak bab lagi ni yang nak kena cover. Isk.. Berangan bukan main.. Okey2.. Aku study dulu ehh.. Bye ;)

p/s : terpaksa berhenti merapu kerana telah disergah oleh seorang kawan yang sangat prihatin dengan kemalasan aku ni.. waaaa.. kena marah!! :(



3 comments:

mamapp said...

haaa.. nak exam smpat lg berangan yek? good luck fiza.. kalau dh dpt keta jgn joli katak pulok ye

MOMMY CGG said...

fiza ooo fiza)

gud luck ye dik!!

AuraFIza said...

adda

org mmg ske berangan la..haishh..
tnggu da keje, bru dpt kete kot..huhu

miEz haNeM

tenkiu2 ;)