Thursday, February 6, 2014

Great Moment @ Bali - Part 2



Wokeyyy.. Nak bagi info tentang Pak Supir pulak. Hasil google yang melampau, finally aku pilih Pak Yanto. Kenapa dia? Sebab banyak review yang gempak pasal Pak Yanto ni. Actually, ada ramai sangat Pak Supir yang korang boleh jumpa kalau rajin menggoogle. Tapi apa yang aku dapat, Pak Yanto is the best. Harga pun berpatutan.

Mula-mula send email kat dia. Bagi dia all the trip information. Cepat je dia reply. Lepas tu dia bagitau lagi prefer Whassap. Lagi senang katanya. So, daripada situlah asyik berwhassap je dengan dia. Huhu.  Sehari sebelum pergi, dia re-confirm semula dengan aku.

Tiba je kat airport sana, dah ada terpampang nama FIZU & FIZA. Hehe.. Mati-mati kitorang ingat itulah Pak Yanto. Rupanya bukan! Malu jek. Alkisahnya, Pak Yanto wakilkan orang dia sebab dia ada hal emergency. Nama wakil dia tu, Lalu Ahmad Jamil. So, panggil dia Mas Lalu. Pelik nama dia. Huhu.. Mas Lalu ni pun bestttt sangat. Soft spoken orangnya. Tak berkira langsung, walaupun tiap-tiap hari terlebih masa yang ditetapkan. Hoho.. Rajin bercerita. Memang ok lah senang cerita. 

Nak tepek gambar Mas Lalu tu, tapi malangnya gambar dengan dia takde pun. Haha. Teruk betul. Dia je yang jadi mangsa amikkan gambar kitorang.

Dari segi bayaran :

  • Airport ke hotel - 50 000 rp
  • Hotel ke airport - 50 000 rp
  • Full day tour - 350 000 rp sehari (include van/mpv/kereta, driver, tipping)

Pak supir kami akan tanya dulu nak dia datang amik kat hotel pukul berapa untuk mulakan full day tour tu. Memang jadual masa flexible. Ikut persetujuan kita dan dia. Kalau jadual kita tak okey, dia akan bagi suggestion lain. Memang senang bawak berbincang dengan Mas Lalu ni. Kalau terlebih masa pun dia okey je and takde extra charge pun dia kenakan. Bestttt!


Beralih topik pada makanan halal pulak...


As u know, majoriti masyarakat di Bali adalah beragama Hindu. Nampak macam orang Islam tapi sebenarnya bukan. Jadi, please be aware. Jangan makan kat restorang sebarangan. 

Breakfast - Beli je roti, biskut, coffee / milo 3 in 1. Breakfast dalam bilik hotel je sebelum memulakan perjalanan. Biasanya hotel memang ada sediakan breakfast, tapi status HALAL memang sangat diragui. Masa deal dengan Pak Yanto sebelum pergi tu, dia dah pesan tak payah ambil breakfast kat hotel.

Lunch / Dinner - Yang ni paling seronok sekali. Apa taknya! Memang semua jenis makanan kitorang try. Pak supir kami pulak pandai bawak tempat makan yang best-best. Kenyang tak hengat dibuatnya. Oh lupa nak inform. Amik lah pak supir yang beragama Islam supaya senang dia guide kita tempat makan yang betul-betul halal dan senang juga dia bawak kita pergi Musolla untuk solat.

Ni antara restoran makanan halal yang kitorang pergi..

1st day - Sampai dah malam. So terus dinner di Wong Solo. Menu lebih kurang sama je dengan Wong Solo kat Malaysia ni.

2nd day - Lunch di Kintamani. Buffet lunch. Sorry tak ingat pulak berapa harga untuk satu kepala. Tapi yang penting makanan memang super duper sedap! Makan pulak menghadap pemandangan yang sangat cantik. Cuaca sejuk macam kat Cameron Highland.
Dinner di Restoran Sederhana Bintang. Masakan Padang.. Tapi mahal gila!! Urghh.. Not recommended! Nama je sederhana tapi mahal.

Buffet lunch di kawasan gunung berapi, Kintamani.

3rd day - Lunch di Restoran Natrabu. Ni pun masakan Padang jugak. Haaa restoran ni memang bestt! Puas hati. Harga jauh lebih murah dari restorang Sederhana Bintang tu. Tempat pun lagi menarik. Siap ada pelamin orang Minang untuk customer bergambar. And of course makanan pun extra sedap. Alamak.. Meleleh dah air liur!! Hoho..




Dinner kami di Jimbaran Beach. Candle light dinner yaww! Romantic bangat! Makan tepi laut. Kerusi meja atas pasir. Duduk je atas kerusi, terbenam sikit. Haha. Angin tiup sekuat-kuatnya (takde pun sepoi-sepoi bahasa). Ditemani bunyi deruan ombak.. Cehh. But seriously, satu kenangan yang memang takkan dilupakan! Biasanya orang akan sampai sini lebih kurang pukul 6 petang. Sebab tak nak missed pemandangan sunset yang sangat awesome! Menambahkan lagi romantiknya kitorang. Haha. Lagi satu yang best.. Tengah makan, ada pulak band yang akan perform dari meja ke meja. Diorang nyanyi lagu Yank - Wali Band untuk kitorang. Huh? Layankan je la.. Oh perlu untuk korang tau, makan kat sini kena belanja lebih sikit coz harga dia agak mahal tapi really worth it! Rugi kalau tak datang sini..

Jimbaran Bay Seafood.

4th day - Dinner di Pawon Pasundan. Kali ni try makanan Sunda pulak. Pun sedap jugak. Suasana restorang yang open dan selesa. Decoration ala-ala dalam taman.
Dinner pula di airport sebab time ni kitorang dah nak fly balik Malaysia. Hihi..


Ok. Done! Phewww~ Tak sangka boleh type sepanjang ni.


TIPS :

  1. Selain Pak Yanto, boleh ambil pak supir lain yang dikateogrikan sebagai 'most-wanted'. Hihi, iaitu Pak Isme dan Yanto (Nama sama je dengan Pak Yanto, tapi Yanto ni dia muda orangnya).
  2. Ingat, cari Pak Supir yang beragama Islam!!
  3. Kalau nak order air masak di restoran, mintalah 'air Aqua' sebab air masak kat sana kadang-kadang dia bagi air paip. So banyak kes sakit perut. So kalau mintak 'air Aqua', dia akan bagi air mineral water, bukan drinking water.
  4. Banyak restoran kat sana kotor. Bila tengok kat lantai, ada ulat sampah (hasil review belog-belog lain). Tapi, restoran yang aku highlight kat atas tu, memang dijamin bersih 100%. Toilet pun bersih style hotel punya. Hehe.
  5. Pilih restorang yang betul-betul HALAL. Kadang-kadang dia tulis halal, tapi bila belek menu, ada Babi masak kicap. Wooww! So, please alert sikit dengan benda macam ni ok..
  6. Kalau nak beli roti, biskut, air mineral or snacks untuk kunyah-kunyah dalam bilik hotel, boleh la pergi ke Pepito Supermarket. Semua ada dalam tu. But again... Make sure pilih makanan yang kita biasa makan je. Nama biskut or makanan yang pelik-pelik tu tak payah gatal nak beli. Takut tak halal.
Sebelum check in hotel, singgah sini dulu. Borong makanan untuk 4 hari. Sebab kami laki bini memang suka mengunyah. HAHA!





* PART 3 nak cerita pasal tempat-tempat menarik yang kitorang sempat terjah. Tungguuuu! :P




12 comments:

Nurzakiah Hanum said...

syoknya berjalan

AuraFIza said...

Nurzakiah Hanum

Release tension katanya. Hehe..

Rafi said...

Nice story n info..boleh di jadikan guide untuk abg pegi bali nanti..heheh..tq fiz.more update pls

.::: Princess MOMOY :::. said...

oh tak sangka nak pergi pun kena booking awal2 pilih pak supir eyh. ingatkan sampai sana baru cari

thx dear
entri sangat2 membantu
cuma kalau boleh letak sekali range nilai duit kita
hehe...sebab pakai rupiah ni tak familiar sgt

AuraFIza said...

Rafi

Boleh la kalau nak bagi info sikit-sikit. Masa org nak pegi hari tu pun, kemain asek menggoogle info and tips pasal Bali. Bukan apa.. At least dapat sikit gambaran kan :)



.::: Princess MOMOY :::.

Actually boleh je nak cari kat sana. Kat airport tu je dah ramai sangat pak supir tunggu. Kat kaunter sana pun banyak boleh pilih pakej sekali. Tapi kalau cari awal lagi senang, and of course lebih murah. Hee~

Alamak.. Bukan tak nak convert ke duit Malaysia ni, tapi kadang-kadang nilai tu tak sama kan. Luckily masa kitorang pegi ni, nilai mata wang diorang jatuh sangat. So untung kat kita la.. Lagi pun, sebenarnya kita ni tak berapa pandai kira dari rp ke RM.. HAHA.. kat sana husband yang dok kirakan.. Banyak sgt nilai diorang sampai berjuta-juta. pening kepala.. Hikhik..

Anonymous said...

Rahsia memikat pasangan dengan mudah telah terbongkar.. jom tgk kat cni http://karyamalam.com

Ismi Umar said...

Salam. Nak tanya boleh tak bagi contact Pak Yanto tu. Kalau boleh mintak email ke saya yer. ai7611@yahoo.com. Terima kasih in advance

KeroppiDoppi said...

Assalam. Bole bg email address Pak Yanto tu? I tgh cari supir bcoz bln 10 ni nak g jln2 sana.. Tq :)

ninest123 said...

nike outlet, air max, nike roshe run, prada handbags, replica watches, ray ban sunglasses, nike free, sac longchamp, louis vuitton, ray ban sunglasses, longchamp outlet, louboutin, tiffany jewelry, louboutin pas cher, longchamp outlet, tory burch outlet, michael kors, ray ban sunglasses, louis vuitton outlet, jordan shoes, longchamp, replica watches, oakley sunglasses, louis vuitton, ugg boots, kate spade outlet, uggs on sale, louis vuitton outlet, ralph lauren pas cher, ugg boots, air jordan pas cher, nike air max, oakley sunglasses, gucci outlet, polo ralph lauren outlet, tiffany and co, cheap oakley sunglasses, burberry, longchamp pas cher, prada outlet, louboutin shoes, oakley sunglasses, christian louboutin outlet, louis vuitton, oakley sunglasses, chanel handbags, nike free, louboutin outlet, nike air max, polo ralph lauren outlet

ninest123 said...

air force, ugg boots, true religion outlet, michael kors outlet, nike air max, hollister, nike roshe, coach outlet, michael kors outlet, sac guess, lululemon, michael kors, hollister pas cher, ray ban uk, nike free run uk, nike air max, replica handbags, coach outlet, mulberry, michael kors, burberry outlet online, true religion jeans, oakley pas cher, michael kors outlet, new balance pas cher, burberry, true religion jeans, converse pas cher, timberland, kate spade handbags, lacoste pas cher, ralph lauren uk, michael kors, north face, hermes, michael kors outlet, true religion jeans, north face, coach purses, vanessa bruno, tn pas cher, ray ban pas cher, abercrombie and fitch, ugg boots, michael kors, nike blazer, hogan, michael kors outlet, nike air max, vans pas cher

ninest123 said...

hollister, reebok shoes, wedding dresses, hollister, jimmy choo shoes, north face outlet, herve leger, valentino shoes, vans shoes, mac cosmetics, babyliss, converse outlet, nike air max, p90x workout, ray ban, ralph lauren, nike air max, abercrombie and fitch, soccer jerseys, bottega veneta, timberland boots, lululemon, celine handbags, nike huarache, louboutin, insanity workout, mont blanc, beats by dre, giuseppe zanotti, hollister, chi flat iron, vans, nike roshe, north face outlet, birkin bag, mcm handbags, instyler, iphone cases, baseball bats, ferragamo shoes, longchamp, soccer shoes, oakley, new balance, converse, nfl jerseys, nike trainers, gucci, ghd, asics running shoes

Ana soo said...

https://decor-ksa.com/
https://3kary.com/property-status/building-for-sale/
https://3kary.com/property-status/building-for-rent/
https://3kary.com/property-type/buildings/