Tuesday, January 18, 2011

Sayang Gila kat Nero!

Siapa Nero? Sila click S I N I.

Sekarang Nero dah NAKAL gilak! Geram tengok dia. Kadang-kadang dia yang buli aku. Haishh.. Sabar je la. Yok layan gambar ni...


Bila time nak ambil gambar dia jek, mesti tengah makan. Dia memang kuat makan, okeh! Satu habbit dia I nak cakap sikit, dia takkan makan makanan yang dah ada dalam pinggan dia tu walaupun banyak lagi makanan dalam tu. So, bila time dia nak makan, dia pergi kat family I, and ngiau-ngiau, and bawak kita pergi ke dapur. Kita kena taruk makanan baru dalam pinggan dia tu, baru dia nak makan. Dia nak yang fresh-fresh aje. Memilih jugak si Nero ni..



Ni la makanan dia. FRISKIES KITTEN! Yang lain dia tak nak, even Friskies Adult. Dia makan sikit je. Tak sedap kot. Ke keras sangat, dia tak boleh nak gigit. Dia memang makan jenis biskut-biskut gitu, yang bila kunyah, ada bunyi 'krak-kruk' tu. Hohoho.. Kalau bagi dia makan Whiskas, mulalah 'buat kuih' sana sini. Penat aku bersihkan nok!



Bantal busuk dia! Serius, memang busuk gila!!!!!! Tak tahan betul. Huhu. Bila dia nampak je bantal hijau ni, mulalah nak gigit-gigit la, golek-golek atas bantal tu la. Tapi seronok tengok dia buat macam tu. Comel jeeee..



Nampak dia dah makin besar sekarang. Perut dia besarrrr, ya ampun!!! kalau nak angkat, memang berat gila. Huhu.. Overweight agaknya!

Meh I upload lagi gambar Nero. Khas buat adik I yang jauh di perantauan. Semoga dia tahu kitorang kat sini jaga Nero sebaik-baiknya. Buktinya? Dia dah berani tidur atas katil mak ayah. Takde siapa pun marah dia! Waaaaahhhhh..... Kucing lain tak pernah pun dapat keistimewaan macam tuu..







Haiyyaaaa.. Sorry la. Banyak gambar yang blur. Kamera murah katakan. Hikhik..

Comel kan dia? Comel macam saya!Nanti bila dia dah besar sikit lagi, I upload lagi gambar dia. Okey. Till then ;))





6 comments:

Unknown said...

nak colik boleh :)
cute kucing tu
huhu

AuraFIza said...

Nak culik?
Tak boleh!! Grrrrr..
haha..

ika said...

waaa..rindu gile kat nero..
tik..tok..tik..tok..nak balik

ika said...

btw,sape punye bantal die amek tu?sukasuki je..

AuraFIza said...

bantal tu bantal kakya dulu masa kat kedah. ada 2.. satu kaler biru, satu lg yg tu la, kaler hijau..
tapi dia tetap nk kaler hijau.. biru die tak pndang pon.. haha..

qaseh elyanas said...

comel nya :)

anyway best blog awak :) jom sggh blog vee & tggalkan jejak/ folo vee..nanti vee folo balik ^_^

elyanas.blogspot.com