Tiba-tiba rasa nak cerita pasal ni kat you all.. Aku bukannya suka menaip panjang-panjang sangat. Jadi, I try to make it short. Mintak-mintak la korang faham dengan 'kependekan' cerita aku ni..
Alkisahnya...
I just meet new friend! Of course, perempuan. Heee~ First time tengok dia, rasa macam nak pegang-pegang je perut dia. Tau kenapa? Sebab dia tengah pregnent. Hehe. Dah 8 bulan lebih yaw! Menghitung hari je nak deliver baby. Dia cantik. Lagi-lagi perut tengah membesar ni. Nampak kiut je..
At first, memang tak tau apa-apa pun kisah budak ni. Panggil budak je la. Sebab baru 17 tahun. Memang budak-budak lagi kan? Hikhik.. Just imagine, muda-muda lagi dah nak jadi mommy. But, that's not the point! Biarlah dia nak dapat anak umur berapa pun kan..
Dah beberapa hari kenal, makin lama makin rapat. Well, I memang jenis senang rapat dengan seseorang ;) Sampai la satu hari dia cerita kisah hidup dia. Macam mana dia boleh kahwin, kisah keluarga dia, and so on. Dia cerita dalam keadaan aku yang.... Err.. Speechless.. Huhu..
Terdetik la perasaan simpati sangat-sangat kat dia..
Okey I cerita. Dia ni keturunan non-muslim, and sekarang dah masuk Islam. Dia belajar pun tak habis, sampai tingkatan tiga je. Husband dia pun macam tu jugak. 2x5 la senang cerita. Dia kata, dulu memang gila bercinta, sampai tak fikir apa lagi dah. Cakap mak ayah pun dah tak ambil kisah. Waaahh.. Memang bercinta maut namanya tu. Diorang 'couple' dah 2 tahun. Mak ayah husband dia suruh nikah cepat je sebab diorang selalu sangat keluar sama.
Masa nak masuk Islam tu, memang dapat tentangan 120% daripada family dia. Kena belasah teruk dengan ayah dia. Tapi mak ayah husband dia yang tolong hantar kat jabatan agama. Masuk PERKIM 4 bulan. Baru sah masuk Islam. Then, awal tahun ni, dia terus kahwin.
Tak sampai sebulan kahwin, Allah dah takdirkan dia pregnent. Bagi dia, kandungan tu macam menyusahkan hidup dia. Sebab dia baru je lagi kahwin. Duit pun takde lagi. Mana taknya. Dia aje yang kerja cari duit. Itupun setakat kerja di kedai kasut. Husband dia bukan nak tolong. Ada masa nak kerja, laki dia pergi la cari kerja. Bila time dia tak nak kerja, terus berhenti. Kesian kan?
Sampai sekarang kalau aku pandang dia, rasa kesian sangat. Lagi kesian dekat anak yang baru lahir tu nanti. Aku ada juga cakap saje-saje kat dia yang aku nak bela anak dia nanti. Tau apa respond dia? Dia terus pegang tangan aku, dan setuju. Pehhh.. Memang kesian. Sekarang dia dah berhenti kerja. Sebab takut TERbersalin pulak kat dalam kedai kasut tu. Huhu..
Harap-harap semuanya selamat. Dan aku pun fikir macam-macam nak belikan present untuk baby dia tu nanti. Kawan-kawan cakap, aku yang excited lebih. HAHA.
Okey. End of the story. Jadikan pengajaran ye ;)
6 comments:
kesian lah. nape laki die buat die mcm tu.
Tu l. Biasalah kan. Pasangan muda lagi. Masing-masing belum ada rasa tanggungjawap sepenuhnya..
lelaki nak kawen cam2 janji..da kawen haa sume letak kat bini..alahai..kesiannye...
Itu lah.. Ada buruk baiknya kawin muda ni. Mintak-mintak anak dia nanti tak diabaikan..
wei...soh la mak jage..hoho..
Haha.. Tu la pasal..
Kakya tanya Fizzu, dia cakap jaga anak sendiri sudehh..
Wuu..menci tol..
Post a Comment