Saturday, July 3, 2010

Bahasa Zaman Sekarang

Bahasa sekarang dah semakin meluas. Ada yang sayang kepada bahasa. Tapi ada jugak yang menjadi perosak bahasa. Ni yang aku nak marah ni!! Tak nak tuduh ssesiapa. Siapa makan cili, dia terasa pedas ;) Kadang-kadang aku pun ada juga TERsengaja menggunakan ayat yang tak berapa nak betul. Admit it! I will try to improve my writing.

Okey. Aku nak cuba tunjukkan beberapa ayat atau perkataan yang kita memang nak kena faham. Sebab perkataan ni dah selalu sangat digunakan oleh budak-budak sekarang. So, kita nak kena tahu..


"Ek eleh.. Muka keras, tapi hati tisu!"
Muka keras tu maksudnya muka ganas je. Atau pun muka garang. Hati tisu pulak bermaksud hati lembut, mudah tersentuh atau sensitif.

"Dah la. Kau tak payah nak ngencing aku!"
Ngencing? Kotor betul kan perkataan tu. Tapi memang perkataan ni dah ramai sangat yang guna. Yang terkejutnya, aku pernah dengar orang tua pun sebut perkataan ni jugak. Woahhh.. Dasat tak? Dasat tak? Okey, ngencing maksudnya tipu atau permainkan seseorang.

"Haaa... Ko ni apa hal? Masuk air la tu.."
Masuk air maksudnya macam bengong-bengong sikit la. Kepala tak berapa nak betul. Haihh.. Macam mana ek nak explain? Failed betul nak bagi explaination. Huhu.. Erm.. Lebih kurang macam ni la. Kalau kawan korang buat sesuatu yang gila-gila sikit, maksudnya dia masuk air la tu. Haaa.. Macam tu la.. Errr.. (Kepala sendiri pun dah pening. Adehhh..)

"Kau tak payah la nak buat muka ketat kat majlis ni.."
Tadi muka keras. Sekarang muka ketat pulak! Macam-macam... Maksudnya muka masam, tak nak senyum. Ala-ala takde mood..



What else....??


"Geng-geng dia semua takde, patah kaki la dia hari ni.."
Bukan patah kaki yang bersimen bagai tu. Tapi patah kaki yang ini bermaksud duduk diam. Kalau biasanya dia selalu merayap ke hulur ke hilir dengan kawan-kawan, tapi bila kawan-kawan takde, dia tak merayap lagi dah. Duduk terperap kat rumah je. Tu la perumpamaan patah kaki.




Itu aje la yang terlintas kat kepala sekarang ni. Sebenarnya banyak lagi kan bahasa yang aku sendiri pun tak faham, tapi korang mungkin lebih faham. Nanti tolong share la. Nak tau jugak. Huhu..



p/s : Jangan menjadi PEROSAK BAHASA yang melampau. Perkataan saya menjadi shaye. Ohh.. Itu I tak suka, okeh!!



9 comments:

Of Tr@vels, 3nvironment and bl@bl@bl@ said...

woish...aku dulu sekolah rendah sekolah melayu pun tak pernah dengaq perkataan nih..nih mesti rekaan baru..new creation..hehehe

Wan_hazel said...

memang dah bahase zaman skang..law tak ekot..org kate duk lam gua je...

nak dihadam pun susah kan bhsa skang...kritikal sgt bhsa nie..satera berlebih..hehhehe

zati said...

baru tahu..yang bese guna masuk air, yang selalu dengar, muke ketat ahhak2

saye kpd shaye tu dah cam gedik semacam, heh?? huhu :p

AuraFIza said...

Of Tr@vels, 3nvironment and bl@bl@bl@

Memang new creation. Dah macam-macam jenis bahasa dah skarang. Ada yang ok, kita boleh terima. Tapi ada yang memang hancur!!

AuraFIza said...

Wan_hazel

Betul betul.. Memang kita nak kena tau jugak. At least sikit pun takpe. Nanti takde la kita melopong bila member2 bercerita. uhuhu..


zati

Baru first time dengar eh? Hehe.. Tapi memang tu la yang selalu budak-budak sekarang guna. Termasuk la tuan punya belog ni. Hikhik..

Shaye tu gedik kan? Yeahh.. Totally agree!!

Nabiel said...

dlm ati ade tman la~
hehehe..
macam2 dah skrang nie..huhuhu
kdg2..bler tulis msg tuh lagi la kua yg pelik2..huhu

AuraFIza said...

Nabiel

Dalam hati ada taman??
Haaaa... Lagi satu!
Maksudnya tengah bahagia kan?

Mesintaip: said...

Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasa merupakan aset bernilai bagi sesuatu bangsa. Oh..bangsaku, mengapa ada yang tergamak memiskinkan bahasa bangsanya sendiri...

AuraFIza said...

Bahasa kamu masih lagi terpelihara..
keep it up ;)