Thursday, June 24, 2010

Tipah Tertipu!!

Hai.. Awak apa khabar? Awak sihat? (Intro yang sangat bersopan-santun).. Hikhik.. Almaklum la. Tadi terbaca satu artikel pasal 'blogging'. Ada la disebut "penulisan si bloggers sedikit sebanyak melambangkan keperibadian mereka.." So, that's why la I bersopan-santun. Muehehe.. Tak senonoh punya perangai. Abaikan!

Okey Okey.. Teruskan dengan cerita hari ni..

Sebenarnya aku tengah sakit pipi. Asyik duduk tersengih je dari tadi. Dah la sengih sorang-sorang je ni. Macam orang tak betul pun ada jugak! Huhuhu. Bukan apa... Teringat satu kisah lawak masa kat hostel dulu.. Sangat kelakar! (Bagi aku memang SANGAT!)

Aku pergi toilet untuk melepaskan hajat.. Tiba-tiba masa nak basuh-basuh tu, terdengar bunyi anak kucing. Masa tu aku dah rasa gelabah gila. Sebab takut ada anak kucing terjatuh dalam lubang jamban. Yang jadi lagi gelabah bila lepas aku 'flush' je, terus suara tu hilang. So, memang aku confirm anak kucing tu dah kena 'flush' sekali.

Apa lagi... Terus lari bagi tau kawan-kawan yang lain. Diorang semua marah-marah aku. Aku cakap memang aku tak sengaja. Member aku yang sorang ni dah menangis tak hengat! Memang la kesian kat anak kucing tu.. Tapi aku bukan sengaja nak bunuh dia. Sumpah, aku sendiri dah sehabis cuak time tu!



Malam tu, aku pergi toilet lagi. Dan sekali lagi suara anak kucing tu datang. Aku terus tak jadi 'membuang'. Terus panggil kawan-kawan. Kitorang cari-cari suara yang sangat comel tu. Cari kat setiap bilik mandi, kat bawah ampaian, kat bawah sinki, belakang pintu. Siap tengok dalam setiap baldi. Tapi memang takde!!

Pelik jugak kan. Tapi kitorang terus jugak cari. Sekali aku macam terperasan sesuatu. Setiap kali aku jalan, 'anak kucing' tu bunyi. Kalau aku tak jalan, takde pulak bunyi. And finally..... Memang confirm!! I got the answer!

Bunyi 'anak kucing' tu datang daripada selipar toilet aku tu. Korang tau kan ada sesetengah selipar toilet, bila basah or kena air, dia akan berbunyi-bunyi bila kita berjalan. Korang boleh imagine tak?? Hahahha.. Aku pulak ni yang gelak gila-gila. Masalahnya bunyi tu sebijik gila macam suara anak kucing mengiau. Tak tipu!!!

Adoihh.. Tulun... Tulun!!! Sakit perut beb!

Jap jap.. Cerita belum habis. Bila aku dah tau perkara sebenar, aku pun gelak gila-gila sampai terduduk-duduk. Member-member semua pelik. Member aku yang menangis ni siap marah-marah lagi sebab aku boleh ketawa dalam keadaan yang kritikal tu.. Wakakakaka.. Bila aku bagitau diorang... Terus diorang pun gelak macam nak pecah toilet tu..

Kitorang siap perli-perli member yang menangis tu. Dia pun agak bengang jugak la kan. Terus dia capai getah paip tu, sembur kat kitorang semua. Habis basah kuyup! Memang kecoh gila toilet time tu..

Bila teringat balik, tu yang aku tak tahan asyik nak tergelak je. Kenangan manis betul. Tiba-tiba terasa rindu kat diorang yang sentiasa havoc tu...

Sorry la kalau korang tak rasa kelakar. Tapi aku pedulik hape.. Sampai sekarang aku tergelak lagi ni. "Ngucap, Fiza.. Ngucap!"




p/s : Kelakar la weyh!!! Adehh.. Sakit pipi. Sakit perut... Tolong berhenti gelak, pelisss...



5 comments:

kumfye said...

lucu ni...haha...prank sendiri

kenwooi said...

lol =P

AuraFIza said...

kumfye

Prank sendiri? hahah.. betul betul...

Zack Zaifull said...

tumpang gelak....
muahahahahahahahhah

AuraFIza said...

Zack Zaifull

Hohoho...
mari bergelak ketawa~