Wednesday, June 30, 2010

Saya Dah Malas Menghapdet!!

Blog ini semakin dilupakan. Oh sangat kesian! Bukan lupa nak hapdet. Tapi tak tau la ek. Rasa macam malas gila nak menghapdet. Hoho.. Aku dapat rasakan lepas ni ( I mean, masa aku dah ada kat Kedah nanti), mesti lagi berhabuk bersawang belog aku ni. K E S I A N ! ! ! ;p

Macam biasa la kan. Kalau sesekali menghapdet, mesti nak post 1000 cerita dalam satu entri. Maka wujudlah entri 'cerpen'. Cerita pendek gituh!
  • My little sis, Ika dah selamat sampai Malaysia hari Isnin hari tu. Errr.. Cerita dah basi dah ni. Hoho. Okey, bagi yang tak tau. Dia belajar di Egypt dan sekarang tengah cuti. So, dia balik la Malaysia.
  • Aku dah pun berhenti kerja. Doing a little bit preparation untuk pergi Kedah. Mental preparation is the most important. Boleh ke aku survive kat sana tanpa kawan-kawan rapat di sisi? Makin difikirkan, makin serabut. Nak tak nak, memang kena hadapi jugak. Chaiyok, Fiza!!!
  • Ayah tengah sakit sekarang. Tangan kanannya tiba-tiba terasa sangat bisa. Pergi berurut kurang juga sakit. Tapi sekejap je. Lepas tu bisa balik. Pergi klinik dapat injection. Pun tak kurang juga. Pergi hospital pakar, doktor kata kena rawat cepat. Takut rasa bisa tu akan 'makan sampai ke bawah'. Maknanya daripada tangan akan berjangkit pulak ke badan, dan seterusnya ke kaki. Ayah jadi tak berapa ceria macam dulu. Sangat sedih tengok ayah. Sebab ayah jarang sakit. Sekali dia sakit macam ni, rasa sedih je. Doakan ayah cepat sembuh eh..
  • Terasa macam nak beli handphone baru. Tapi tiba-tiba seseorang mencadangkan baik beli handphone dan masukkan sekali dalam barang hantaran nak kawin nanti. Ehh.. Good idea kan? Hoyeh hoyeh.. Sangat suka! Nanti nak beli handphone sama bentuk, sama jenis, sama warna dengan Inchik Tunang. Hehehe..
  • Tiba-tiba rasa gerun untuk berdepan dengan segala kemungkinan akan datang. Huh...

Dah.. Terlepas hajat menghapdet. Hehe.. Enjoy reading my blog yeah! ;)



3 comments:

Farihah Abdullah said...

sembuh laa. bukan sembut

Ken Wooi said...

sometimes, i also lazy =/

AuraFIza said...

MissFarihah

Haaa.. Yeke? Aloh... Wrong spelling la pulok.. Hoho..

Jap jap.. Nak betulkan jap..