Monday, May 10, 2010

Kehilangan Orang Tercinta

Mood happy berblogwalking, tiba-tiba berubah menjadi sayu dan sebak..

Aku terbaca kisah INI. Korang baca la sendiri entry tu dan entry-entry lain yang berkaitan..

Hati ni tersentuh. Dan tiba-tiba boleh menangis pulak! Tak boleh bayangkan kalau suamiku pergi dulu sebelumku. Walaupun sekarang aku belum bersuami lagi ;) Aku membayangkan jika aku berada di tempat owner blog itu. Huh.. Rasa tak tertanggung dugaan seberat tu. Ya Allah.. Janganlah ambil kebahagiaan kami ini.. Tapi, dia seorang yang tabah. Walaupun hidup tanpa suami tercinta, dia kuat meneruskan hidup. Dia juga terpaksa berdepan dengan soalan anaknya yang asyik bertanyakan tentang ayahnya. Adoi.. Menangis pulak aku...



Tiba-tiba... Aku pulak yang terlebih melayan emo..



Macam mana nak hidup tanpa Inchik Tunang tersayang?? Huwaaaa.. Tak mau fikir lagi!! Yang menjadi lagi sedih.... Esok Inchik Tunang sudah pergi offshore selama 2 bulan 13 hari!! Mungkin bagi korang tak lama. Tapi bagi aku ianya memang satu penyeksaan! Tak dapat bayangkan macam mana 2 bulan 13 hari tu, aku tak dapat dengar suara dia. Tak dapat terima satu pun SMS dia. Huh.. Aku tak nak kehilangan dia. Tak sanggup la! Doakan jodoh kami panjang..



p/s : Sedekahkan Al-Fatihah pada Arwah suami Pn. Zamieda..



4 comments:

miss hav0c said...

sy doakan awak ngn tunang awak bahagia sampai ke jinjang pelamin..Aminn

AuraFIza said...

sampai ke akhir hayat laa..
hehe..

Aaminn..

thanks doakan kebahagiaan kami ;)

Mesintaip: said...

Semoga berkekalan sehingga mencapai alam berumah tangga. Siapkan diri awak dengan ilmu yang mantap. Alam rumah tangga ni walaupun indah dan nikmat, namun cabaran dan dugaannya juga besar.

AuraFIza said...

Thanx 4 ur advice ;)