Tuesday, May 4, 2010

I don't have the answer

I have a few things that always spinning in my mind. Till now I have no answer for all those questions. Really make me crazy. Padahal tak la serius sangat, tapi bila da 24/7 fikirkan benda yang sama, mulalah jadi serabut. Err.. Adakah ini bermakna aku suka membesarkan perkara yang kecil..? Lebih kurang jugak la kan. Huh~

What's on my mind?? Okey okey. Let's see..

  • As u know, bulan Julai ni, aku MUNGKIN akan pergi ke Kedah semula. Mungkin, okey! Tiba-tiba macam confuse pulak sekarang. Because I just received a letter daripada UUM yang menyatakan mereka sendiri akan bagi tarikh untuk aku pergi ke sana. It's mean, tak semestinya bulan Julai. Hurm.. The problem now is.... Aku belum dapat rumah sewa lagi. Mana aku nak merempat nanti..? Anyone yang nak bagi tumpang rumah..?? Ngeee~
  • Sebelum ni memang ada plan nak beli kereta. Jadi ke tak ni ek?? Orang yang nak belikan asyik busy jek. Nak tanya, segan pulak. Ada kena penampar pulak kang sebab tak reti nak bawak bersabar. Hakhak.. Naaaaaaak sangat! Kalau boleh nak dapat kereta sebelum pergi Kedah.. Waahh.. Sedikit demand di situ ;P *Persona ke Gen2??*

  • Sementara menunggu bulan Julai ni, tak taulah samada nak teruskan bekerja atau pun tak. Kalau tak kerja, bosan duduk rumah. Kalau kerja, kena ambil cuti banyak hari pulak. Sebab nak buat macam-macam hal. Termasuklah plan nak pergi tempat Inchik Tunang kat Kemaman dengan family dia. Waaaa.. Pasal tu, aku tak kira apa pun jadi, nak ikut jugak! FULLSTOP!!
  • Bila tengok cerita Adamaya, mesti tak putus-putus berdoa janganlah jadi macam tu! Takut sangat.. Boleh ke aku mengawal emosi dan perasaan aku bila dah kawin nanti?? Tak payah story lebih-lebih pasal ni. Sensitif, you! By the way, I love Dani!! Hahaha..



Okey... Sudah sudah. Jangan timbulkan persoalan lagi. Cukup la tu, Fiza..



p/s : Saya dah ada INI.. Awww.. Promote lagi ;P


2 comments:

Mesintaip: said...

Err...saya rasa pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) tahu nak beri jawapan persoalan awak tu, heheheh...

1. Segalanya MUNGKIN. Jadi awak perlu sediakan saja perancangan dengan plan A (jika pergi bulan Julai) atau plan B (jika pergi bulan-bulan selain Julai). Perancangan tersebut termasuklah dari segi kewangan, pengangkutan, tempat tinggal, mental, emosi dan sebagainya.

2. Saya rasa PERSONA dan GEN2, dua-dua boleh pilih. Yang penting ikut kemampuan bajet. Ingat, satu daripada empat perkara yang membahagiakan (menurut hadis) ialah kenderaan yang baik. Baik bukan sekadar fizikalnya saja, tapi 'baik' juga kepada poket empunya kenderaan tersebut apabila nak buat bayaran.

3.Kerja atau tidak, er..kena tanya bakal suami dulu.

4. Maaf, tak tengok cerita tu..tak boleh nak ulas...heheheh..

AuraFIza said...

wahhh.. Ulasan yang panjang lebar daripada Encik mesintaip.. Hehehe..