Thursday, April 22, 2010

Tengok Cara Jalan Pun Dah Tau!

Macam mana kamu mengatur langkah, macam tu jugak la sikap kamu. Siapa kata kita tak boleh tengok perangai seseorang hanya dengan melihat lenggok jalannya je..? Okey okey.. Kita buat eksperimen nak? Apa yang kita perlukan..? Hanya MATA. Sebab kita nak kena tengok cara jalan orang tu..

Apa salahnya sekali-sekali jadi Pak/Mak Nujum ;)

1. Langkah Dengan Tumit Menekan
  • Cuba tengok betul-betul, bila dia berjalan, kita akan nampak tumit dia macam menekan ke tanah. Uihh.. Dah cuba buat dah cara jalan macam ni. Agak menyakitkan jugak la. Huhu.. Sebenarnya, orang yang berjalan macam ni adalah seorang yang tegas. Kalau hitam katanya, maka hitamlah. Takde putih, merah, biru segala.. Melainkan hitam semata-mata. Orang ni memang susah ditipu atau dipermainkan. Dia juga dikenali sebagai seorang yang serius. Orang lain bergelak-ketawa tak hengat, tapi dia tetap maintain. Boleh jugak la dikatakan dia ni seorang yang ego. Lagi satu.... Ini memang sikap buruk!! Dia ni agak kedekut. Berkira sangat dalam hal-hal duit. Dalam percintaan pula, tak payah diragui kerana dia seorang yang setia. Sekali dia dah sayang, sampai mati la dia sayang.. Wahhh.. Bagus bagus!!
2. Tumit terangkat
  • Lorr.. Macam mana pulak rupa orang jalan tumit terangkat pulak ni?? Bila dia jalan, hanya bahagian hujung kaki je yang mencecah tanah. Tumit pulak terjungkit-jungkit. Ada orang panggil 'lompat gagak'. Jangan tanya kenapa. Sebab aku pun tak tau. Hikhik.. Orang yang berjalan macam ni susah dipercayai. Next, dia ni sangat takut jika TERbuat kesilapan dalam hidupnya. Oleh sebab tu la, kalau you all tengok, dia ni akan minta pendapat ramai orang sebelum buat sesuatu keputusan..
3. Langkah dengan tapak mengiring
  • Siapa dapat awek/pakwe yang macam ni, agak payah la kot. Tanya la kenapa... Yang ini aku tau jawapannya. Hehehe.. Sebab dia malas bekerja! Asyik fikir nak enjoy jek. Dia jugak tak boleh simpan rahsia langsung. So, jangan berani-berani nak bagi tau rahsia kerajaan kat dia. Huhu.. Ehh.. Tapi orang macam ni ada kelebihan jugak tau.. Dia jenis suka menolong dan sangat setia pada kawan. Kira tak rugi la kawan dengan dia. Kawan-kawan punya hal, confirm dia tolong punya la!
4. Langkah tergopoh-gapah
  • Kalau korang ni jenis berjalan ikut sedap rasa jek, memang korang tergolong dalam orang jenis ini. Ikut suka dia je nak jalan macam mana. Asalkan berjalan. Kadang-kadang habis semua orang dilanggarnya! Sesiapa yang jalan macam ni sebenarnya tidak berkira sangat dengan orang-orang yang rapat dengannya. Cuma, ada masa-masa tertentu, dia nampak macam kurang ajar atau kasar sikit. Jadi, kawan-kawan pun kena la banyak-banyak bersabar. (eh eh.. Macam perangai boss aku pulak!). Dia tak suka dikongkong. Dalam percintaan, dia ni kira 'romeo' la. Aweksss confirm cair punya! ;)
5. Jalan Seret Kaki
  • Jalan seret kaki tau kan macam mana? Haaa.. Bagus. Tak payah explain. Kalau korang jalan seret kaki, dah tentu korang ni keras kepala dan susah nak dibawa berbincang. Haihh.. Perangai pulak suka ambil mudah terhadap apa je. Orang jalan seret kaki ni jugak mudah kecewakan orang lain dengan sengaja atau pun tak sengaja. Kadang-kadang cakap main lepas aje. Tapi..... Ada tapi, okeh! Dia ni baik hati, jujur dalam perhubungan dan tak suka ditipu. Sekali ditipu, sampai mati pun dia tak nak percaya lagi!
6. Jalan Menghentak
  • Tengok cara jalan menghentak-hentak pun kita dah tau, perangai dia macam mana kan. Dia seorang yang kurang sabar. Apa je yang dia nak, dia akan pastikan dia akan dapat benda tu. Di sebaliknya tu, dia ada jugak tunjukkan perangai 'childish'. Dia ni boros berbelanja. Bila dah 'broke', baru nak menyesal tak sudehh. Tapi, dia ni boleh diharap dan rajin. Orang macam ni berpegang teguh pada janji. Pantang betul dia kalau orang mungkir janji. Sebab dia fikir, orang yang tak pegang pada janji ni adalah orang yang tak bertanggungjawab. Haaa.. Dengar tu kawan-kawan!


Okey.. Itu aje. Lepas ni sibuk la semua nak menujum untuk diri sendiri dan untuk pasangan jugak. Hahaha.. Err.. Aku sorang je kot yang sibuk-sibuk menujum. Whatever! ;P

Eh.. Aku tak cakap benda ni 100% betul tau!!! Baca boleh, percaya jangan. Hehehe..




10 comments:

NomborSebelas said...

err cara ku jalan macam manaa erk :D

http://nomborsebelas.blogspot.com/

Ezad said...

he... teng0k cara jalan p0n b0leh eh.. ezad yg tumit tekan tanah tue.. ehem2...

http://ezadlah.blogspot.com

Mesintaip: said...

Hmm, masalahnya saya ni berjalan tak jejak tanah. Nak buat macam mana ya? (pakai kasut/selipar, tu yang tak pijak tanah tu...heheh)

AuraFIza said...

sebelas

Haha.. Same la kite.. Tak tau cara jalan yang macam mane ;P

AuraFIza said...

Ezad

Err... Kedekut??? Hahaha..
Takpe..Janji setia kan kan kan? ;)

AuraFIza said...

Mesintaip:

Hehehe...Kalau jalan tak jejak, bukan orang namanya tuh..

Ken Wooi said...

interesting explanation on walking methods.. yeah i agree that the way we walk represents the personality =)

lovelylady - シングルママ said...

kalo jln pkai skateboard tu cmane lak kirenye??? ahaksss...

AuraFIza said...

lovelylady

takkan stiap masa jalan pkai skateboard kot..hehehe..

Anonymous said...

Sebagai rujukan mkin OK.. Tp.. jgn percaya 100 peratus