Tuesday, April 6, 2010

I Got It!!

Hari ni pagi-pagi lagi dah excited nak menghapdet. Kalau tak sabar nak update, semestinya ada cerita-cerita panassssssss... Hoyeh! Hoyeh! Alaa.. Sebenarnya takde la panas pun. Sejuk je.. Coooolll~

Tadi tengah sidai kain kat luar sambil menyanyi-nyanyi lagu Baby are you down down down down down (Lagu Jay Sean ft Lil Wayne), tiba-tiba TERmelatah pulak sebab dengar bunyi PONNN PONNN!! (dah macam Idlan Shibidi bidi pulak..) Muahahah.. Ada van pos laju datang rupanya. Dalam hati dah agak dah.... Mesti barang aku ;P

Sekali tengok memang betul.. Hai, senangnya dalam hati. Kalau beristeri dua.. (Tiba-tiba lagu ni).. Aku dapat hadiah untuk contest hari tu yang aku join.. Kan da dapat No. 1.. Ececehh.. Berlagak lah pulak.. Maaf kerana over excited. Al-maklum la.. Ni la first time aku join contest, dan menang pulak tu. Memang la seronok. Tu yang buat aku bersemangat waja nak join contest ni pulak..

Okey.. Inilah hadiah yang aku baru dapat tadi..


Cantik tak? Cantik kan? Mestilah cantik.. Harga pun berbaloi-baloi. Huhu. Tapi yang merisaukan aku sekarang...... Damien muat ke baju-baju ni? Nampak macam kecik je. Si Damien tu dah la tombam. Hehe.. Biarlahh.. Kalau Damien tak boleh pakai, suruh adik Damien pakai. Walaupun Damien belum ada adik lagi.. Heee~

Thank you to organizer!




p/s : Orang lain sibuk dapat cek daripada nuffnang. Aku ni entah bilalah lagi. Hurmm...



No comments: