Sunday, April 11, 2010

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100

Ewah Ewaahhh.. Join contest lagi..?? Harus laaaa ;P

Smile

(KLIK GAMBAR DUIT untuk syarat-syarat penyertaan..)

Kalau dapat RM100, apa nak buat? Adoyai... Soalannya sikit. Tapi kalau nak jawap, 3 hari 3 malam pun belum tentu habis jawapannya.. But I try to make it short. Biar jawapan aku ni bukan setakat cerita je. Nak jadi kenyataan. Heee~

Kalau dapat RM100......

  1. Aku nak belanja mak ayah makan satey! Wiwwiiittt.. Anak yang baik katakan. Hakhak.. Makan satey mungkin habis dalam RM25.
  2. Nak belanja geng-geng pergi karaoke. Al-maklum la... Kami ni semua suara 'merdu' sangat! Sebab tu gila karaoke.. Haha.. Karaoke sejam RM20.
  3. Beli topup Digi. Tanpa topup digi, kesakitan la aku menahan rindu pada Inchik tunang. Aku pakai Digi Campus. Guna sehari RM2, boleh gayut 24jam (no digi ke digi je la).. Wahhh... Promote gituh! Topap RM10 sudehhh! Boleh lima kali guna. Berbaloi-baloi ;)
  4. Ada duit, mula lah nafsu nak beli shawl or tudung membuak-buak. Shopping bukan kat kedai biasa. Tapi, shopping online! Kat SINI memang banyak shawl and tudung cantik-cantik. Rambang mata beb! Shopping punya shopping.. Confirm habis RM30.
  5. Setiap kali dapat duit, aku memang akan simpan sikit. Tak percaya..? Percayalahh! Cara aku simpan bukan kat bank. Tapi aku lipat duit tu, dan selit-selitkan dalam beg duit, kat celah-celah kad. Bila takde duit, korek aje beg duit tu, mesti ada duit. Ececehhh.. Simpan duit dalam RM15.

Okey.. Sediakan jari-jari yang ada. Meh kira sama-sama :

RM25 + RM20 +RM10 +RM30 +RM 15 = RM100


DONE!



Agak-agak boleh dapat tak RM100, rezeki jatuh dari langit ni..?? Hurm.. Doa doa doa...


Aaminnn ;)



1 comment:

Lelaki Ini said...

perancangan yang bijak!

hehee..tQ for joining & good luck~ ;D