Wednesday, April 21, 2010

Blur.....

Kenapa sekarang asyik tersyasyul tersasul je??

Bukan setakat tersasul-sasul, tapi asyik je la tersalah buat semua benda..


Nak pergi kedai beli topup, tapi tiba-tiba boleh pulak masuk mini market. Then, pusing mini market dua tiga kali sebab tak tau nak buat apa. BLUR!

Nak ambil kunci kereta, tapi pergi dapur, buka peti sejuk. Lepas tu, terdiam sekejap sebab cuba fikirkan balik apa kaitan kunci kereta dengan peti sejuk. BLUR!

Tulun!! Tulun!! Saya confuse dah ni!
*Garu kepala*

Nak minum air masak. Tapi pergi ambil botol Sunquick, tuang sampai penuh satu gelas. Bila minum, hambek kau! Masam plus manis! Apsal la lain pulak yang dicapai?? BLUR!

Nak cakap lain, tapi lain pulak yang keluar dari mulut ni. Bukan aku je yang BLUR. Orang lain yang dengar aku cakap pun, jadi BLUR!

Nak hantar mesej kat member, tapi boleh pulak ter'send' kat orang lain. Rasa macam dah tekan betul. Sekali lagi.... BLUR!

Why... Why... Why...???

Hurm... Entah la. Mungkin ke ni tanda-tanda _______?? (tak nak cakap!)

Doakan aku bangun esok pagi ;)

Good Night!



5 comments:

Mesintaip: said...

Sindrom nyanyuk sudah menampakkan simptom-simptomnya menular ke aliran darah dan urat saraf..Er, awak takut ke? Saya acah saja.

Sebenarnya awak mengalami kecelaruan pemikiran, namun tindakkan itu masih betul dalam dunia kecelaruan tersebut.

1. Tindakan awak betul iaitu masuk mini market. Sekurang-kurangnya nak menyelamatkan duit awak ketika itu yang mungkin ada kegunaan lain selepasnya yang lebih penting.

2. kunci kereta dengan peti sejuk, kaitannya awak seolah-olah nak buka pintu kereta sebab kelazimannya kunci kereta untuk buka pintu kereta dulu. Maknanya awak dah praktik teori Pelaziman Operan oleh Skiner, heheh...

3. Tindakan awak betul dengan meminum Sunquick. Sekurang-kurangnya awak sudah 'mengupdate'kan deria rasa awak tu, masih berfungsi atau tidak.

4. Awak nak uji pemahaman orang tersebut, faham ke tidak orang tu apa yang awak cakap.

5. Sekurang-kurangnya awak hendak memastikan nombor orang lain itu masih ada dalam perkhidmatan.

Hehehehhh..saja nak usik awak.

AuraFIza said...

Hahaha..

ada2 je la jawapan awak ni...

but, u makes me smileeeeeeee ;)

*wink wink*

*~ eLiEnZ 87 ~* said...

hahaha, sy dah maken penin, sbb sy pun mengalami mslh yg sama~~ uwaaaa

AuraFIza said...

*~ eLiEnZ 87 ~*

Yeke?? Jiwa kacau kot kan? Huhuhu...

♥ azza daha ♥ said...

mngkin la k.fzha..
jiwa kaco kot..
kalo x mo jiwa kaco..
meh blanje jaja mcD..hehe..:)