Thursday, March 25, 2010

What's On My Mind?

Sejak dua menjak ni, takde mood langsung nak berblogging. Penat mencari ke mana perginya mood tu.. Tapi tak jumpa-jumpa. Ini pun menulis dalam keadaan terpaksa. Yeahh.. Memang terpaksa.. Aduduh..



Jadi, mulalah entri rojak ini..


  • Terkejut dengar cerita pesawat ringan terhempas semasa buat pertunjukan kat majlis perasmian konvo UUM. Juruterbangnya meninggal dunia. Al-Fatihah....
  • Sangat inginkan kebebasan! F.R.E.E.D.O.M
  • Nak makan satey, tapi tak dapat. Huh.. Kempunan..
  • I miss my fiance badly! "Balik laaaaaaa..." Rindu sangat kat dia sampai emo seorang diri kat sini. Huh.. Pity me! Saya nak awak!!
  • Semalam diserang sakit kepala yang menggila. Terpaksa menahan sakit sebab panadol takde. Bergantung harapan pada minyak cap kapak je..
  • Nak kerja! Nak cari duit sendiri.. Kenapa tak boleh?? Huh..
  • Setiap orang ada masalah sendiri. Kalau tak ada masalah, bukanlah kehidupan namanya.. Am I right?
  • Congrats to my blogger friend Iqbal sebab dah berjaya berhenti rokok!! Dulu dia ada post entry tentang rokok. Then, aku ada comment, bagi nasihat yang agak berguna. Huhu.. Tak sangka dia bagi tahu yang dia dah seminggu berhenti rokok!! Aku rasa seronok sangat... Even we don't know each other, tapi tetap rasa macam excited gila bila dia dah berjaya berhenti merokok.. Huhu..
  • Tak sabar nak tunggu pukul 12 malam ni.. Jeng jeng jeng! ;)
  • Baru tau rupanya kawan-kawan aku sentiasa mengikuti perkembangan blog aku yang tak kembang-kembang ni. Hoho.. Thanks a lot, friend!! Is dan Nana, sayang kamu lebih. Muehehehe..
  • Ada cerita apa ntah ni kat TV guna soundtrack lagu Tak Bisa Memilihmu by Sixth Sense. Lagu ni pernah jadi lagu tema aku dulu. Uihh.. Tiba-tiba rasa sayu je dengar lagu tu.. Again and again.. Rindu kat Inchik tunang saya!!! Aaarrghhhhh... Rinduuuuu!!! Macam mana ni..??


Okey.. Sudah sudah... Makin panjang, makin mengarut. Baru perasan laa.. Entri aku makin lama, makin tak best.. Kan..? Huh... Benci benci benci!!!



8 comments:

ISZA said...

nak makan sate? Sate kat rumah ni berlebih2dok terperap :), kalau dekat leh anto..

Mesintaip: said...

1. Al-Fatihah:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العلمين
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
اياك نعبد واياك نستعين
اهد نا الصرط المستقيم
صرط الذين انعمت عليهم غيرالمغضوب عليهم ولاالضا لين

2. Tiada kebebasan mutlak dalam hidup ini.

3. Kempunan, kena cari Batu Belah Batu Bertangkup,...heheh

4. Bab-bab rindu, no komen...

5. Lain kali awak basuh kepala tu dengan air suam-suam panas. Insya Allah.

6. Ada kerja kosong di sini, kerja cat langit, awak nak?..heheh

7. Orang mati pun bermasalah. Banyak soalan menunggu...

8. Awak silap. Mungkin dia tengah berjalan-jalan kemudian dia berhenti sekejap untuk menyalakan api rokok. Itu yang dia kata berhenti merokok tu. Semingu ni dah dia buat kerja tu...

9. Eh, macam cerita "Detik Dua Belas Malam" lakonan Sarimah dulu tu...

10. Lain kali rajin-rajinlah berada di rumah sendiri, supaya tetamu senang pergi ziarah. Sekurang-kurangnya awak jamu air kosong pun dah kira okey...

11. Sekali lagi diulang, bab-bab rindu ni, no komen...

ketak ketik ketuk: best ke tak best, saya nak mengetik juga mesin taip buruk ni dalam blog awak...

AuraFIza said...

cikgu isza

haaa...banyak ke satey?? uwaaa.. nak nak nak!! nasib baik jauh kan? :'(

AuraFIza said...

mesintaip

Yeahh.. mesintaip komen lagi.. suka.. sukaa.. hehehe..

Nak respon kat no :

6. kerja cat langit..? Tak berani nak buat kerja sehebat itu ;)

8. Awak tak baik tau! Orang tu dah berjaya berhenti rokok, awak cakap camtu plak..bagi la support.Hehehe.. Ehh.. Jap jap.. Awak merokok tak? Kalau ye, apa tunggu lagi....belajar2 la berhenti.. Kalau tak, bagus2!!

10. Saya mmg sentiasa ada kat rumah sendiri. Cuma tetamu je tak berapa nak ada..


thanks for ur comment ;)

M.I.H said...

to mesintaip

sungguh bernas..betul jugak kenapa aku xterpikir untuk berenti menyalakan rokok untuk sekejap?masih dalam perbuatan berhenti jugak..

thanks3..

to owner blog..

thanks..

mesintaip said...

Respon soalan 8:
Ya, saya sokong usaha gigihnya untuk berhenti merokok. Apa-apapun, marilah kita bersama-sama menjayakan kempen "TAK NAK ROKOK".

ketak ketik ketuk: Tiada rokok dalam kamus hidupku...

AuraFIza said...

iQBaL HaSBuLLaH dan mesintaip

dah dah.. apa-apa hal, bagus la kalau korang berdua tak merokok.. baru la mulut tu bau wangiiii je.. Hehehe..

Mesintaip: said...

Hahaha....adakah Pak Pandir versi Cina? Apa-apa pun, saya nak berkongsi juga cerita Ah Beng ni, tapi yang ini namanya Ah Bengong.

Suatu pagi Ahad, isteri Ah Bengong mengadu sakit perut kerana hendak bersalin. Air ketubannya sudah meleleh sedikit.

isteri : Bang, cepat bawakan Ayang ke hospital. Dah tak tahan ni.

Ah Bengong : Sabar Yang. Tunggu esok saja. Hari inikan Ahad, abang masih bercuti lagi.