Tuesday, March 16, 2010

Perempuan Suka, Lelaki Benci

Hari ni banyak betul aku bertanya kat Uncle Google. Tanya pasal rumah la, laptop la, bunga la... Macam-macam lagi. Sampai la Uncle Google bagi aku something interesting. Meh kita share-share ehh..



Tahukah anda, banyak perkara bagi perempuan yang mereka suka tetapi sebenarnya dalah satu kebencian bagi lelaki.? Bukanlah melibatkan perasaan semata-mata tetapi juga melibatkan peralatan dan sebagainya. Jom kita tengok siapa yang kena~


Barangan di Dalam Bilik Mandi

Wanita : Shower cap, body scrub, foot scrub, perapi, serum rambut, masker untuk wajah, gel mandian pelbagai harum, segala jenis berus, span mandian dan pelbagai khazanah yang terdapat dalam bilik mandi. Memang agak menyemak tetapi itulah yang kaum wanita perlukan.

Lelaki : Cuma perlukan berus gigi, ubat gigi, dan sabun mandi.


Shopping

Wanita : 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup untuk kaum wanita membeli-belah. Terutamanya yang menganggap shopping in the best therapy for stressful. Mereka mencuba hingga 10 pasang pakaian dari semua gedung yang disinggah tetapi mungkin hanya membeli satu atau tidak beli langsung. “Kena survey dulu, sayang. Tak boleh nak beli terus, takut jumpa yang lebih menarik nanti menyesal pulak”. Itu alasan yang kerap diberikan.

Lelaki : Singgah ke satu kedai - pilih ala kadar - bayar - balik.


Berbual

Wanita : Memang terkenal dengan sikap banyak cakap terutamanya ketika melayan kenalan. Daya pemikiran wanita mudah merangsang topik perbualan dengan pantas. Kalau dah bercakap, susah hendak berhenti pulak tu! Terutamanya dalam bab-bab gosip.

Lelaki : Lebih suka memikirkan topik perbualan terlebih dahulu sebelum menyusulkan.


Menangis

Wanita : Dengan menangis, dapat melegakan perasaan, itulah kaum wanita! Mereka mampu menangis 3-4 kali sehari! Mereka menangis kerana gembira. Mereka juga menangis kerana berduka. Perkara kecil pun boleh menangis, tengok filem Hindustan pun boleh meleleh air mata. Sebab itulah orang cakap, air mata merupakan senjata utama kaum wanita!

Lelaki : Sukar mengeluarkan air mata kecuali atas dasar sesuatu yang begitu menyentuh lubuk hatinya.


Kuiz

Wanita : Bukankah ada banyak kolum-kolum berbentuk kuiz di surat khabar mahupun di majalah terutamanya yang berkaitan dengan cinta dan perhubungan? Itulah antara kegemaran kaum wanita! Mereka sentiasa teruja untuk mencubanya dan mudah terpengaruh dengan jawapan di pengakhiran kuiz tersebut.

Lelaki : Leb8h suka dengan kuiz yang menguji ketajaman minda dan mencabar.


Kasut

Wanita : Sering kali memiliki stok kasut yang banyak. Mereka suka membeli kasut (untuk di suai padankan dengan koleksi pakaian) dan sehinggakan tidak tahu mana satu disimpan koleksi kasut tersebut. Kasut yang mengikut trend pasti menjadi koleksinya.

Lelaki : Tidak ada kasut yang mengikut trend dan tidak memerlukan sejumlah kasut, pakai sahaja mana yang ada!


Family - Get Together

Wanita : Wanita memang suka menghabiskan masa bersama keluarga. Mereka berpendapat, masa yang terluang elok habiskan bersama keluarga tersayang. Melakukan aktiviti bersama-sama mampu mengeratkan kasih sayang.

Lelaki : Ada masa-masanya jugalah. Tapi senang menghabiskan masa terindah bersama rakan-rakan.


Bunga dan Coklat

Wanita : Sangat suka dengan coklat dan bunga. Kata mereka, ada makna di sebalik warna bunga ros yang dihadiahkan itu. Coklat, emmm.. Lupakan seketika niat untuk diet! Malah coklat juga mampu mengurangkan stress.

Lelaki : Lebih sukakan benda-benda besar dan lebih bermakna seperti Tiket Formula One atau Televisyen LCD 32 inci! Biar berbaloi beb, kalau nak bagi hadiah!


Soap Opera

Wanita : Ini memang kegemaran kaum wanita. Sanggup menanti di hadapan kaca TV semata-mata mahu menonton soap opera kegemaran mereka. Kerja-kerja rumah, diketepikan dahulu. Jangan ganggu tumpuan mereka menonton soap opera kegemarannya.

Lelaki : Ahh!!! Buang masa je layan soap opera yang kebanyakan jalan ceritanya berbelit-belit dan tidak mencabar langsung.




Haaa... For me, semua betul. Tepat.. Totally agree ;)

** Credit to pemilik blog ini. Aku dah mencilok artikel ni daripada blog dia. Ngehngehngeh~



7 comments:

Ken Wooi said...

men are simpler =P

hans said...

lelaki simpler kan

AuraFIza said...

yup.. lelaki more simpler.takde la serabut sangat nak fikir banyak benda ;)

Fina Sophie said...

wait wait wait. soap opera tu ape? hehe

AuraFIza said...

Haaa..mula2 aku pun tertanya-tanya gak. Aku tanya orang, tapi orang pun tak tau..

Last sekali baru aku jumpa. Aku cari dalam tenet :

Soap opera = A drama, typically performed as a serial on daytime television or radio, characterized by stock characters and situations, sentimentality, and melodrama.

mesintaip said...

Nak tambah fakta:

HUJUNG BULAN
-Isteri tak sabar-sabar. Poket suami penuh.
-Suami masam je muka. Kaya sekejap, lepas tu poket kempis..

AuraFIza said...

Haha.. Pandai la awak tu..
Tapi betul lah kan..
Sabarlah wahai suami ye ;)