Wednesday, March 17, 2010

Tanya Sama Hati

Sekarang pukul berapa?
Pukul 12.03 am. Belum ngantuk lagi..


Tengah buat apa?
Menulis blog sambil termenung. Sedih memikirkan nasib. Sedih dengan apa yang baru je terjadi tadi.. It's really hurt!


Any problem?
Hurm.. Problem yang mungkin datangnya dari aku jugak. Aku yang bawak masalah ni. Jadi, aku kena tanggung.


Mau luahkan lebih lagi..??
Aku rasa tertekan. Kenapa semua orang minta aku faham mereka, pada hal mereka-mereka tu takde sikit pun cuba nak faham aku. Aku dah buat yang terbaik. But, I'm still a loser! Aku tetap rendah di mata mereka. Sengsaranya aku menahan perasaan seorang diri! Ada mereka kisah..? Tak.. Mereka tak kisah! Mereka tak tau langsung apa yang aku tanggung. Bayangkan, aku tak mampu meluahkan perasaan kat sesiapa pun. Bukan takde siapa nak mendengar. Cuma aku tak nak orang lain memandang buruk pada mereka. Aku jaga hati mereka. Tapi mereka tak fikir hati dan perasaan aku. Aku terseksa!


Think positive.. Boleh kan?
Yup.. Setiap kali something bad happened to me, the first thing that I always remind myself is think positive! Yakin apa yang terjadi mesti ada hikmahnya. Aku yang salah, jadi buat apa nak blame mereka kan..? Admit it...


Ada pesanan pada mereka tu?
Erm.. You're the best I ever had!


Am I crying..?
Yes.. Absolutely! Crying is the best way to calm myself. Rasa lega bila lepas menangis. Walaupun lepas tu mata sembap/lebam, at least rasa lega sikit. Jadi, menangis la sayang...


Lepas ni nak buat apa?
Golek-golek atas katil sampai tertidur...


Apa harapan..?
Harap-harap semuanya akan cepat berakhir. Someone had promised something to me dan aku harap dia tunaikan janji dia.. Sangat-sangat mengharap kerana janji dia memberi seribu satu erti dalam hidup aku..


Dah habis..?
Dah! Good night..



4 comments:

kenwooi said...

good night =)

mesintaip said...

Dengar nasihat mesintaip buruk saya ni:

Awak kena jaga TIGA tempat ni;

1. OTAK - jangan awak bebankan dengan masalah yang berserabut serabai, dan benda remeh temeh yang sengaja nak dibesar-besarkan. Nanti stress boleh bawak gila.

2. HATI - jangan awak bebankan dengan perasaan sedih yang melampau-lampau, atau dengki yang meruap-ruap, atau riak dan sombong yang melambung-lambung. Nanti ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu.

3. PERUT - jangan awak bebankan dengan muatan makanan yang melampau-lampau hingga sarat kekenyangan. Nanti badan lemah, jiwa lelah, ngantuk, kesannya HATI jadi keras, OTAK tumpul.

Apa-apa pun saya nasihat pada awak, banyakkan BERSABAR. Biar mereka tak faham diri awak, asal awak faham diri mereka, jadilah awak seorang yang penuh bijaksana..
Hmm..rasa-rasanya saya amat memahami 80% perasaan awak..heheh..

AuraFIza said...

mesintaip

Awak faham saya 80%..? Wahh.. Ini dah cukup bagus. Ada jugak orang yang faham saya rupanya.. Hehe..

Saya suka nasihat awak tu. Yelah. Betul cakap awak. Biarlah mereka tu tak faham saya, janji saya faham mereka kan..

Saya bukan apa.. Masa saya tulis entry ni, saya rasa memang sedih sangat. Siap tersedu-sedan masa tengah menaip. Punyalah sebak. Saya memang ada masalah yang saya tak tau nak ceritakan kat siapa. So, saya pendam sendiri je. Tu yang bila dah lama-lama pendam, meletup juga akhirnya. Dan itulah hasilnya. Hehe..

Btw, thanks for droppin' by.. Awak boleh jadi kaunselor saya ni.. Hehe.. Thanks ye ;)

mesintaip said...

Tak cukuplagi ilmu di dada ni...