Monday, February 1, 2010

Engagement - Part 2

Maaf kerana ada yang masih tertunggu-tunggu lagi gambar pertunangan aku. Memang satu apa pun tak upload lagi. Tak semua gambar ada kat aku. So, aku decide lepas dapat semua gambar mengarut tu, baru aku upload. Korang tengok la sampai termuntah-muntah. Huhu..

Aku nak cerita sikit la perjalanan majlis tu. Majlis bermula pukul 12 tengahari. Pukul 11 pagi tu, ada majlis tahlil antara saudara-mara yang datang. Lebih kurang pukul 12, rombongan belah laki sampai. Dari dalam rumah dah dengar suara riuh rendah diorang. Memang havoc habis. Aku yang kat dalam bilik ni, jadi tak tentu arah. Dup dap dup dap.. Nervous beb!

Apa yang specialnya majlis aku ni.. Aku telah meng'live'kan majlis aku ni terus ke Egypt. Adik aku yang kat sana dapat tengok majlis aku 'live' gituh! Apa lagi, YM la.. Siap webcam segala. Huhu.. Angah aje yang tak dapat tengok. Tetap rasa tak seronok sebab ahli keluarga tak cukup 8 orang. Tapi takpe la kan.. Kahwin nanti semuanya mesti ada! Yup.. MESTI!!

Tema majlis aku warna purple pink. Pelamin warna purple. Hantaran warna pink. Baju warna purple + pink. Huhu.. Aku sangat berpuas hati.. Thumbs up to Wai, Shasha dan Mak Emi yang dah tungkus lumus siapkan pelamin, hantaran dan make up aku. Tapi kan....... Erm.. Aku rasa aku lebih suka muka aku yang tak make up kot. Natural.. Ntah la. Rasa lain macam je. Hahaha..

Tak best kan sok sek sok sek bila takde gambar? Hurm.. Aku akan usaha dapatkan gambar tu cepat. Aku pun berkobar-kobar gak ni nak upload gambar.. Nak jadikan kenangan terindah. Heee~ Gedix gilaaaa!

Dah ada gambar, aku sambung balik cerita di sebalik tabir ni ;)



No comments: