Friday, January 8, 2010

Say good bye..

Huwaaaa.. Sedihnya hati ni. Hanya Tuhan je yang tahu. Betapa beratnya hati nak meninggalkannya. Aku buat semua ni kerana terpaksa.. "kerna terpaksa, aku melangkah pergi.." Tiba-tiba rasa macam lagu Fransisca Peter ni sesuai pulak dengan cerita dongeng aku kali ni. Uhuk uhuk )=

Dah bertahun-tahun dah aku guna nombor maxis yang sama. Jap ehh.. Aku kira jap berapa lama..
.
.
.
.

Haaa.. Dah 7 tahun!! 7 tahun beb!! Ingat senang ke nak mengekalkan nombor handphone sebegitu lama. Handphone hilang, simkad hilang.. Nombor tu jugak yang aku cari. Dah la nombor cantik.. Masa aku mula-mula beli dulu, mahal gila. Tapi disebabkan nak sangat nombor yang cantik, aku beli jugak.. Banyak kenangan aku dengan nombor ni..

7 tahun jugaklah aku menyimpan kotak simpack ni. You all tengok harga dia. RM123!! Punyalah mahal. Sekarang ni simkad jadi murah gila. Tak sampai RM10 pun. Hampeh betul..
Good bye nombor kesayanganku.. Tata titi tutu..
Huwaaaaaaaaaaa...

Nombor lama aku akan diganti dengan nombor ini. Bandingkan harga dengan nombor yang lama tadi. Berkali-kali ganda! Yang ini hanya RM8.80 je.. Nombor ni cantik jugak. Tapi taklah secantik nombor yang lama. Apa-apa pun, pasrah je lahh.. Terima seadanya..

Aku bukannya apa. Aku rasa nombor yang bertuah bagi aku adalah 367. Nombor telefon rumah, nombor matrik, nombor telefon celcom, digi dan maxis, semua ada kena mengena dengan 367. Sebab tu, untuk nombor baru ni, aku cuba cari 367 jugak. Tapi hampa! Takde kena mengena langsung dengan 367. Banyak nombor 5 pulak.. Aaaarggghhhhhh!! Tak bestnya....

"Dah la Fiza oiii.. Tu kan nombor je. Haihhh.."

Err.. Okey okey. Cool~



7 comments:

Anonymous said...

tanak bg no baru tu ke?
hehe

F I T said...

pergh mahal gila num dolu2..heh

AuraFIza said...

Anonymous

Nak ke no baru ni? 012-69----8
hehe

AuraFIza said...

F I T

Tau takpe..
RM123!! skang rm10 pn tak sampai..

F I T said...

eh nk share ke num baru??hehe

AuraFIza said...

mane leh..private and confidential..
huhu..

F I T said...

ye la :P heh