Tuesday, September 29, 2009

Some picture...

Malam ni aku gumbira!!!! Walaupun esok exam dan belum baca apa-apa pun lagi, tapi aku tak kira. Aku tetap nak gembira sakan.. Wahahahha.. Suka2!!!

Bukannya apa... Kegembiraan ni adalah sebab gambar dah berjaya ditransferkan dalam laptop.. Muahahahahhahaha.. Aku sukaaaaaaaaaaaaaaa... Sebelum ni laptop aku buat hal. Masuk apa-apa pendrive pun tak boleh detect. Then, bluetooth kat laptop ni pun tak boleh guna. Tapi tadi aku berusaha install balik bluetooth driver ni. Dan sekarang, aku berjaya.. Huhuhu.. I happy sangat la u.. Jangan marah Okey!!

Gambar yang aku nak upload bukanlah banyak sangat. Sebab kalau letak banyak2 pun, tak ada faedahnya.. Hahaha.. Sikit2 sudehhh!! Jom2 tengok gambar..

Gambar Raya..


Biasanya bila tiba hari raya je, semua family akan sibuk memikirkan warna tema untuk baju hari raya. Kiranya masa tu, semua family akan memakai baju warna yang sama je. Tapi, keluarga aku tak pernah pula buat macam tu. Sebelum raya memang ada cakap nak ada warna tema. Tapi bila dah beli baju, warna tema ntah ke mana.. Huhu.. Tahun ni, baju raya aku, Along dan mak adalah sama.. Orange colour.. Yang lain semua warna lain2. Apa-apa je lahh. Janji baju kitorang memang cantik.. Hehehe..

Gambar Pertunangan Akak..


Aku nak cerita serba sedikit tentang hari pertunangan akak aku ni. Yang bertunangnya akak, tapi adik2 dia yang excited lebih.. Biasalah tu kot. Lagi2 dia adalah anak pertama dalam keluarga yang bertunang.. Majlis dilangsungkan pada 24 September 2009 (Khamis), iaitu pada hari raya ke-5. Tunang dia orang Perlis.. dan sekarang bekerja di Sabah untuk tempoh 3 tahun. Boleh dianggap sebagai PJJ lah juga. PJJ stands for Perhubungan Jarak Jauh.. Huhuhu.. Tema majlis adalah warna hijau. Nice colour.. Hantaran?? Erm.. Belah perempuan bagi 9 dulang dan belah laki balas 7 dulang. Hantaran belah laki warna purple. Erm.. Not bad.. Mereka mungkin akan diikat selama setahun. InsyaAllah... Semoga panjang jodoh mereka.. Tak sabar nak ada abang ipar ni. Lepas tu ada anak buah pula.. Haisshh.. Bestnyaaaa!!

Suasana Hari Pertunangan..


Tetamu yang datang sangat ramai. Sebab tu lah kot nampak meriah gila. Padahal tetamu2 tu semua saudara-mara kitorang je. Macam kawin lah pulak.. Tapi tak adalah sampai pasang khemah/kanopi tu. Cuma ayah letak payung macam kat pasar tani tu. Huhu.. Memang best sangatlah.. Kalau tunang pun dah meriah macam ni, kahwin nanti tak tau lah macam mana.. GEMPAK! huhu..

Nak cerita pasal pelamin. Orang kata bertunang ni tak payah lah beria sangat. Tak payah ada pelamin2. Tapi akak buat juga pelamin. Sebab dia tak buat dalam bilik. Kiranya tak ada hias2 bilik la. Masa ada orang tu datang buat pelamin, memang agak terkejut beruk la. Sebab tak jangka pelamin tu sebenarnya besar dan memang nampak macam pelamin orang kawin. Siap ada pentas dan lampu lip lap-lip lap.. Makcik2 semuanya suka. Tapi akak macam tak suka. Dia kata dia tak nak macam tu dan tak nak duduk atas pentas tu. Dia kata nak duduk atas bantal je. Makcik2 semua marah dan cakap pelamin tu cantik. Akak pun diam je lah. Yelah kan.. Cakap orang tua kenalah ikut.. Tapi yang kelakarnya.. Lepas subuh (masa hari pertunangan tu), akak nekad habis-habisan. Dia buka dan cabut balik apa yang dah siap dipasang. Pentas, hiasan pentas dan lampu lip lap-lip lap tu semua dia cabut. Huhu.. Nekad betul tu. Cuma yang tinggal hanyalah skrin langsir tu je.. Kesian orang yang pasang tu penat lelah memasang. Nak buat macam mana kan.. Dah dia tak suka.. Bila orang semua bangun tidur, tengok semua dah tak ada. Bising jugalah diorang. Akak buat bodoh je.. Huhu.. Alhamdulillah, overall semua berjalan lancar. Penat yang teramat tapi gembira dan puas hati..

Untuk tengok gambar2 yang berkaitan dengan majlis tu, boleh juga KLIK SINI..



2 comments:

Joe said...

wah..meriah btul.seronok la die kan.

Nanti u tunang, jgn lupa jemput kitorang semua.Hehe

AuraFIza said...

aah la joe.mmg meriah gile..huhu..
org tunang? err..lame lg kot.takpe2..
nnt org jemput gak ;)