Monday, August 31, 2009

yeyey.. Dapat MMS!!!

Tet tot tet (ini bunyi mesej kat handphone aku..)

Terus je capai Handphone Sony Ericsson W530i (kalau tak silaplah..huhu). Uih.. Dapat MMS! Dalam hati tertanya2. Siapalah yang bagi gambar tak bagi tau ni.. Alangkah seronoknya hati bila dapat MMS yang cute lagi comel ni.. I LOVE YOU gituh.. ouhh.. Sooooo sweeeeet ;)

Korang agak2 siapa yang hantar? Boyfriend? Secret Admirer? Peminat setia? Die-hard-fan? heh.. Jangan harap! Semua tu tak ada dalam hidup aku.. Hahaha.. Okey2.. Teka lagi.. Ayah? Mak? Aik.. Macam peliklah pulak mak ayah hantar I LOVE YOU. Kalau ayah hantar kat mak, okey la juga kan.. Huhu..

Saja je nak memanjangkan entry ni sebenarnya. Lagi satu, rasa macam berat hati nak bagi tau siapa yang bagi. Yelah kan.. MMS ni bukan kita harap pun dari dia. dan kita pun tak sangka dalam ramai-ramai yang aku kenal, dia juga yang hantar.. Kenapa mesti dia yang hantar? Kenapa tak orang lain? Isk2.. Apa2 pun, aku sangat menghargainya. Dan sekarang aku bagi gambar tu pula pada korang semua. Sebab? Sebab korang dah masuk blog aku, so aku bagi je lah.. I LOVE YOU ;)

Hurm.. Rasa macam hampa gak lah kan. Sebab pengirimnya bukan yang aku harap-harapkan.. Kot2 lah ada orang nak meluah perasaan kat kita ke, nak bagi tau yang dia sayang kat kita ke.. Hahaha.. Over you!!

Okey2.. Nak bagi tahulah ni siapa pengirimnya.. sabar2! Cett.. Macamlah korang nak tau sangat kan? Sorry.. Aku memang sangat tergedik2 sejak dua menjak nih.. haishhh..

Err.. ok.. Serius ni.. Sebenarnya Maxis yang bagi. Ye.. Maxis je yang nak bagi gambar tu kat aku. Okeylah kan. Daripada tak dapat langsung.. Sekurang-kurangnya aku tau Maxis sayang aku.. Lalalala..



4 comments:

Dakjaat™ said...

ceit! ingatkan kekasih gelap ke ape..

AuraFIza said...

bkn kekasih gelap r..
skandal je.. org skandal ngn maxis.. wahaha..

Anonymous said...

owner maxis tu gelap gak orgnye... hehehe...

lagi satu, maxis tu sayang kat duit awak je...

AuraFIza said...

aah la..
btol2..
skandal org tu mata duitan je..
huh..