Wednesday, August 12, 2009

Kesedaran H1N1

Semakin hari, wabak H1N1 semakin merebak berleluasa. Mangsa korban juga semakin meningkat.. Rasa takut juga. Sebab kita sebenarnya terdedah kepada risiko diserang wabak berkenaan.. Baru je terbaca berita tentang H1N1 dalam akhbar hari ini (Khamis-13 Ogos 09)..

"TINDAKAN BENDUNG WABAK H1N1 DIPERGIAT"

Di SEREMBAN, pihak berkuasa mula menjalankan saringan terhadap penjawat awam yang bertugas di Wisma Negeri di sini serta orang ramai yang berurusan di pejabat itu.

Di IPOH, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Perak, Datuk Nadzri Ismail menyarankan agar umat Islam mengadakan solat hajat dan tolak bala.

Di ALOR SETAR, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut menasihatkan rakyat supaya mengadakan solat hajat dan majlis bacaan Yassin memohon supaya rakyat dilindungi daripada wabak berkenaan.

Di KUANTAN, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff mengarahkan semua sekolah di seluruh Pahang menangguhkan aktiviti luar sekolah untuk mengawal penularan wabak berkenaan.

Kerana timbulnya kesedaran ini, UUM telah pun mewajibkan pelajar untuk memakai topeng sebagai salah satu langkah berjaga-jaga. Dalam kelas pagi tadi, pensyarah aku agak tegas juga menyuruh pelajar memakai topeng. "Siapa tak ada topeng, awak boleh keluar kelas!!" huh.. ramai juga yang tak ada topeng masa tu. Apa lagi, kelam kabutlah semua mencari apa-apa je untuk menutup mulut dan hidung. Ada yang tutup dengan tudung. Ada juga yang tutup dengan tisu.. termasuklah aku.. Heee ;) Kitorang jadi NINJA TURTLE sekejap..

Sebelum masuk kelas......
.
.
.
.
.

Dah masuk kelas.......

Jangan gelak, okey!!!! (amaran keras!!).. At least, we have our own inisiative!! Bukan tak nak cari 'mask' tu. Kitorang dah try cari, tapi 'mask' yang ada hanyalah yang kitorang (perempuan bertudung) memang payah nak pakai. sebab tali dia kena sangkut kat telinga. Macam mana nak pakai?? Tali yang ikat biasa tu dah habis stok.. Try cari lagi esok.. Nantikan kemunculan aku dengan memakai 'mask' yang sebetul-betul 'mask' (=

** Sebenarnya kan.... aku sendiri tergelak tahap cipan bila tengok gambar tu.. Wahahaha..



6 comments:

Adam said...

bila owner dah takde kerja .. hahahahaha! :p

ika said...

mongok..hahahha..lawak2....

AuraFIza said...

Dakjaat™

Lor..bgus la tu kn.langkah2 pencegahan..

ika

stop laughing plss ;)

Zaifull said...

errkk!!!! itu apa? mask ke tisu??

DeAnAiNi said...

mereka jeles..hehe

AuraFIza said...

Zaifull

Tisu je la..mask tak smpat nk bli lg time tu ;)

DeAnAiNi

hahaha..takde mknanye la!