Saya, Norhafiza Bt Ayob, pemilik blog Aurafiza dengan ini mengisytiharkan bahawa roda hidup saya semakin ke bawah dan makin kebawah.. Walaupun begitu, saya masih lagi mempunyai sedikit kekuatan untuk mengharungi dugaan yang mendatang. Sedikit kekuatan je, okey! Kekuatan pun semakin berkurangan. Saya dah tak boleh berfikir sewaras dulu!
Jika anda jumpa saya, anda akan nampak saya seperti orang senang hati lalalala, tapi itu semua TIPU! Pandai tak saya sembunyikan penyeksaan tu..? Pandai kan kan kan?? Kadang-kadang saya termenung memikirkan masalah yang mengejar-ngejar kat belakang ni. Kadang-kadang saya tersengih kambing pulak memikirkan kenangan-kenangan zaman dolu-dolu. Saya gila ke?? Haip!! Tak baik tau. Saya masih ingat Allah!!
Saya bukan minta simpati. Tapi ini hanyalah luahan rasa hati. Terima kasih atas kesudian anda semua membaca entri ni sampai habis. Oh terharu!
No comments:
Post a Comment