Thursday, August 12, 2010

Hari Ketiga Ramadhan



Hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Tapi I baru nak buat entry 'Happy Ramadhan'. Grrr.. Ampun! Tapi rasanya belum terlambat lagi kan? Biasalah, belog Aurafiza memang selalu ketinggalan. Ahaks..

Pada Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, selamat berpuasa. Puasa ni bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tapi kita juga kena la berhabis-habisan membuat amal. Mak selalu pesan, dalam bulan Ramadhan ni seelok-eloknya kita dapat khatam Al-Quran. Jadi, mengajilah pagi, petang, siang, malam. Latihlah diri menjadi lebih sabar. Kan tak baik marah-marah dalam bulan puasa ni. Senyum selalu okey ;)

Dah nama pun bulan Ramadhan kan, mestilah semua tau kena buat solat tarawih. Kalau tak larat buat full pun, buat sikit pun takpe. Asalkan dapat keberkatan dan hikmah mengerjakan solat Tarawih.

Eh.. Lupa lagi satu. Paling penting! Jangan lupa niat tau! Ada orang yang puasa, tapi tak pernah niat puasa. Haih. Macam mana tu. Jangan pandang rendah benda-benda gini. Harap-harap kamu kamu semua dah tau niat puasa. Kalau tak tau, sila ambil tau sekarang!

Selamat berpuasa! Semoga Ramadhan kali ni membawa lebih makna dalam hidup kita. Kejarlah seberapa banyak fadhilat yang mampu kita kecapi.



No comments: