Tuesday, March 2, 2010

I'm NOT crazy!

Lately, aku sangat stress! Roda hidup aku sedang berpusing dan berhenti di bawah. Sebab tu aku rasa macam-macam dugaan yang aku terpaksa tempuhi. Aku baru terasa perjalanan hidup ni saaaaangat sukar. Nak buat macam mana kan. Dah memang lumrah kehidupan. Ada masa kita kat atas. Ada masa kita kat bawah. Aku harap semua ni akan berakhir secepat mungkin. Sebab aku takut aku dah tak ada kekuatan untuk hadapi semua ni. Oh God....

Oleh kerana aku sedang berperang dengan situasi, aku perasaan beberapa perkara pelik berlaku. Aku telah berperangai 'luar biasa'. Ehh.. Ini serius, okeh! I'm not saying that I'm crazy. Bagi aku perangai aku ni memang 'luar biasa' la. Tak pernah-pernah pun aku macam ni.. Nak tau kenapa??


  • Something happened that makes me sooooo angry. Tau apa aku dah buat?? Aku buang handphone Sony Ericsson aku!! Masa tu tengah drive. Aku ambil handset tu dan campak kat luar tingkap. Oh my..... Aku tak sangka aku buat macam tu. Bodohnya aku! Tapi masa tu memang kemarahan dan kesabaran aku di tahap kritikal. Memang rasanya dah tak boleh fikir dengan waras. Satu badan menggigil menahan kemarahan. Hurmm.. I hope it will never happen again. Tak sanggup aku!
  • Dah dua hari aku tak makan! Jangan kata tak makan nasik.. Biskut, keropok, kerepek, junk food.. Semua aku tak makan! Aku hanya telan air masak dan susu Dutch Lady je. Dua hari beb!! Memang rasa tak percaya. Sebab aku ni jenis sentiasa ada selera makan Tengok body lah kan.. Muehehe.. Bila sakit pun tetap makan banyak. Tapi sekarang, aku rasa macam pelik. Even masa aku tengah menulis ni pun, selera makan aku langsung tak ada. Tak rasa lapar pulak tu. Unbelievable!!
  • Aku menangis sehari-suntuk tak henti-henti. Serius.. Tak tipu!! Duduk berkurung dalam bilik je. Menangis, menangis dan teruuuusss menangis. Masa mandi pun, air mata ni nak meleleh.. Lepas solat, menangis. Siram pokok bunga kat luar pun boleh menangis. Waaahh.. Memang tak pernah-pernah aku macam ni. Sungguh luar biasa!!


Apa yang terjadi pada aku, memang aku rasa sangat pelik. Sebab aku tak pernah berperangai macam tu. Biasanya kalau aku marah pun, aku akan mendiamkan diri je. Aku akan jadi saaaaangat pendiam. Nak senyum pun susah. Tapi, tiba-tiba pulak hari tu aku boleh buat kerja gila! Siapa yang mengajar entah.. Setan mana yang merasuk entah. Aku pun tak tau..

Harap-harap semua ni tak kekal lama. Aku nak hidupku yang ceria macam sebelum ni... I want it back!!



9 comments:

Ferryz said...

sabo ye fiza..
hidup ni memang banyak dugaan dan cabaran..
u kena kuat. don't give up easily..

permataputih said...

btol 2...
bnyk lg mse kte nk repair sume ne..

Ken Wooi said...

hey, things will be better.. not to worry =)

kenwooi.com

AuraFIza said...

Ferryz

thanx for ur support!

AuraFIza said...

permataputih

Mungkin ni sbagai pengajaran untuk hari akan datang kan..hurmm


kenwooi

Hopefully...

lizz said...

ada masa, manusia or keadaan sekeliling buat jiwa kite tak tenteram. same aje, semue org ade prob. mase saya 1st day jadi anak yatim, saya baling2 bantal cuz saya salahkan Tuhan cuz amik ayah saya.

padahal, kita semue milik-NYA. masa Tuhan pisahkan saya dengan ex-bf saya, saya rasa nak gantung diri. padahal, mende tu semue bukan kekal pun. sampai masa, semua prob tu akan ilang. cuma,kena ingat yg kite ni ada "guard" di atas..huhuhu

Fina Sophie said...

same here T_T and, been there. u're a strong girl, fiza. it's not easy, but u'll come out to be a better person and stronger than before. fight!

AuraFIza said...

lizz

thanks dear! Entah kenapa sejak akhir2 ni memang rasa down gila. Setiap detik adalah dugaan buat saya. Betul cakap awak tu.. Kalau ikot hati, macam-macam benda buruk saya dah buat. Tapi bila ingat "Guard" kita yang kat atas tu, baru boleh fikir waras semula. Sekarang ni memang nak kena think positive jek. Saya anggap benda yang dah jadi ni MESTI ada hikmahnya..

Btw, thanks again! U gave me a new spirit...

AuraFIza said...

Fina

Am I strong?? Uhh.. Rasa macam dah tak ada kekuatan lagi dah ni. Everything happen out of sudden. Tak dijangka! Really tough for me.. But I know, inilah yang dinamakan cabaran hidup kan. Betul cakap kau. "I will come out to be a better person..." InsyaAllah..

Thanks for giving me a priceless advice..