Wednesday, December 2, 2009

Love my blog

Tiba-tiba pulak mood ber'blog' datang siang-siang hari ni. Biasanya aku akan update stori-mori terbaru malam-malam buta. Tapi hari ni siang-siang dah datang mood.. Bagus2.. Itu tandanya kasih, sayang dan chenta pada blog ini makin bertambah.. Hahaha.. Tiba-tiba..

Hari ni tak ada cerita lagi. Aku nak cerita pasal semalam..

Semalam.. Aku masak. Korang masak tak kecoh pun kan? Al-maklumlah.. Saya budak baru belajar. Hehehe.. Masak entah apa-apa entah.. Hentam je lah. Mak kata asalkan boleh makan, sudehhh! Dan.. Inilah hasilnya..

To Ikah : Heyy.. Kakya pun dah pandai masak laaaa.. Muahaha..

Lepas masak-masak tu, aku pergi keluar berjalan-jalan dengan my cousin. Berdua je. Berdua lebih baik ;p Kami telah menghabiskan masa, tenaga, minyak kereta dan DUIT! Aiyaii.. Dah lah tengah tak ada duit, boleh pulak beli macam-macam. Tu semua nafsu.. Huh..

Aku telah menghabiskan duit yang sedia ada dengan membeli pencuci muka, toner, foundation, shawl dan beg.. Tu pun sebenarnya ada barang yang aku nak beli tapi tak beli beli lagi.. Hari ni keluar lagii.. Kita shopping.. Yeaahhh!

Heyy.. You all tau tak?? Semalam aku pergi Giant. Then, terasalah pulak nak timbang berat. Guna mesin yang kena sumbat duit syiling 20sen tu.. Aku rasa macam nak jerit je satu Giant tu! Gilaaaaaaaa!! Berat aku naik lagi.. I repeat, NAIK LAGI!! Kalau duduk je kat rumah, memang ini akan terjadi. Tak dapat dielakkan. Risau punya pasal, aku telah melantak nasi dan pergi McD. Lepas tu dah makan McFlurry. Beli pulak aiskrim Wall's bekas besar. Siap cone lagi.. Muahahaha.. Hambek ko! Nak sangat naik kan.. Naik lah ko berat. Naik lagi!!

Alamaakkk..

Kawan aku datang.. Dah tekan loceng rumah banyak kali dah.. Hahaha.. Got to go. Bye~




3 comments:

die said...

biar la bdan naik.kiut ape.hehe

AuraFIza said...

kiut??
haih..ni puji ke perli?
huhuhu..

Dia.Honey said...

saya ske kari..sedapnya gambar kari tu