Baca belog seorang ibu kepada seorang ahli syurga.. Berjurai-jurai air mata. Ya Allah.. Tabahnya hati seorang ibu yang kehilangan anaknya yang baru berusia setahun lebih! Ini bukan kali pertama baca belog MAMA AQIL. Dah berkali-kali sebab sayalah 'silent reader' belog dia yang paling setia :P
Dah dua bulan anaknya, Aqil Hamzah pergi. Macam mana lah sunyinya hidup mama and ayah Aqil sepanjang Aqil tak ada ni kan.. Seriously, I can't imagine how hard to go through all the days without si kecil yang sebelum ni ceria dan menjadi penghibur hati keluarga. It's really tough! Walaupun aku belum ada anak lagi, tapi naluri keibuan tu dah ada. Heh! Yelah kan.. Sebab aku ni 24hours menjaga anak buah aku yang berusia lebih kurang Arwah Aqil Hamzah. So, sama je kot macam anak sendiri. Hukhuk..
Walaupun tak pernah kenal, tapi dapat rasa kesedihan dan kesakitan dia. |
Everytime dia upload gambar arwah anaknya, aku rasa sebak sangat. Rasa macam nak peluk je. Sedihnyaaaa.. Sampai sekarang tak boleh bayangkan.... Ya Allah.. lindungilah ahli keluargaku!
Mungkin tu dugaan untuk MAMA AQIL sekeluarga. Alhamdulillah.. Mereka pun redha dengan ketentuan Illahi. Allah knows best. Walaupun sakit, but on the other side, MAMA AQIL sangat bertuah kerana diberi peluang untuk mengandungkan seorang ahli syurga di dalam rahimnya sendiri. Diberi peluang untuk merasai kesakitan melahirkan seorang ahli syurga. Dan yang paling seronok, khalifah kecil tu akan sentiasa menunggu mama dan ayahnya di pintu syurga.. Allahuakbar!!!
Semoga mama dan ayah Aqil Hamzah akan terus diberi kekuatan dan ketabahan hati supaya sentiasa kuat menerima Qada dan Qadar.
*lap lap air mata*
p/s : Klik je link MAMA AQIL untuk ke blognya. Baca sendiri dari A to Z :)
4 comments:
pengorbanan seorang ibu memang x dapat di balas oleh seorang anak...
abgDude a.k.a kai
Sebab tu ada pepatah "seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak.. Tapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu" :)
Betul2x...berat tanggjwab seorng ibu mndidik seorng anak utk menjadi insan berguna...
aQU
Hargailah pengorbanan ibu ayah kita kan :)
Post a Comment