Tuesday, March 18, 2014

Be Mine Till Jannah

I supposed to write this entry a month ago. Tapi tak menyempat.



18 Febuari 2013 - Genaplah tiga tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah. Syukur ya Allah atas rasa kebahagiaan ini. Susah senang, suka duka, pahit manis, dugaan rintangan... Semua kami harungi bersama. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Kami pegang tu sebagai prinsip hidup kami. 

Hidup berjauhan ni memang sangat mencabar! Bila si isteri sunyi, perlukan si suami kat sebelah, tapi dia takde. Jadi si isteri mula lah meroyang tengah-tengah malam. Biasanya sebelum tidur. Haha.. Seksa woo! Masa ni airmata je lah jadi bff! Haha. Alah bisa tegal biasa. True! Tapi ada masa tu, memang tak dapat kawal emosi dan perasaan.. So tak boleh buat apa. Hadap je lahhh...!

Celebrate annivesary kat Bali. Awal sebulan daripada tarikh sebenar.
Sebab takut husband tak dapat cuti masa 18 Febuari tu...

Harap-harap husband baca entry ni. Kadang-kadang dia rajin jugak skodeng belog bini dia.. Hihi..



Dear Bie, my husband, my love, my sweetheart, my hero, my everything..
 
Terima kasih kerana.... 

 Menjadi suami yang terbaik, 
Sedaya upaya memenuhi segala permintaan isteri mu ini,
 Sentiasa mengalaskan lengan mu di waktu tidur,
Tidak sesekali bosan mengucapkan I LOVE YOU setiap hari dan setiap kali lepas habis call, 
Menjadi pembantu dapur yang super hebat, 
Memicit kepala dan badan dengan setia dan tak mengeluh,
 
 Nak tulis semua tak terlarat sebab banyak sangat yang mesti dikenang sepanjang hayat. Thanks for everything, Bie!!
 
 Semoga rumahtangga kita akan jadi yang lebih baik lagi untuk hari-hari yang mendatang. Semoga dapat terus menjadi Imam ku hingga hujung nyawa.
 
 I love you to the moon and back!


Surprise!! Ni masa celebrate on date! Seronoknya lahaii dapat jugak bersama dengan husband masa tarikh annivesary hari tu. Celebrate kat Melaka je pun! Haha. Last minut planning.. Bila ingat balik, kelakar pulak...

Husband dah bawak pergi bercuti dua tempat sempena annivesary ni.  Siap ada surprise semua.. Best best!
So, wifey pulak nak pecah otak fikirkan present untuk husband. Maka wujud lah hadiah ini.
Love Story Book! I falling in love with this book. Sumpah cute! Haha..
Hard cover.  Glossy paper. Tajuknya 10 Reasons Why I Love You.
Siapa nak baca novel ni, sila pm. Haha!

Okey. Enafff! Doakan yang terbaik untuk kami ye. Sesungguhnya aku benar-benar inginkan hubungan ini kekal hingga ke syurga. Amin Ya Rabb!



Thursday, February 6, 2014

Great Moment @ Bali - Part 2



Wokeyyy.. Nak bagi info tentang Pak Supir pulak. Hasil google yang melampau, finally aku pilih Pak Yanto. Kenapa dia? Sebab banyak review yang gempak pasal Pak Yanto ni. Actually, ada ramai sangat Pak Supir yang korang boleh jumpa kalau rajin menggoogle. Tapi apa yang aku dapat, Pak Yanto is the best. Harga pun berpatutan.

Mula-mula send email kat dia. Bagi dia all the trip information. Cepat je dia reply. Lepas tu dia bagitau lagi prefer Whassap. Lagi senang katanya. So, daripada situlah asyik berwhassap je dengan dia. Huhu.  Sehari sebelum pergi, dia re-confirm semula dengan aku.

Tiba je kat airport sana, dah ada terpampang nama FIZU & FIZA. Hehe.. Mati-mati kitorang ingat itulah Pak Yanto. Rupanya bukan! Malu jek. Alkisahnya, Pak Yanto wakilkan orang dia sebab dia ada hal emergency. Nama wakil dia tu, Lalu Ahmad Jamil. So, panggil dia Mas Lalu. Pelik nama dia. Huhu.. Mas Lalu ni pun bestttt sangat. Soft spoken orangnya. Tak berkira langsung, walaupun tiap-tiap hari terlebih masa yang ditetapkan. Hoho.. Rajin bercerita. Memang ok lah senang cerita. 

Nak tepek gambar Mas Lalu tu, tapi malangnya gambar dengan dia takde pun. Haha. Teruk betul. Dia je yang jadi mangsa amikkan gambar kitorang.

Dari segi bayaran :

  • Airport ke hotel - 50 000 rp
  • Hotel ke airport - 50 000 rp
  • Full day tour - 350 000 rp sehari (include van/mpv/kereta, driver, tipping)

Pak supir kami akan tanya dulu nak dia datang amik kat hotel pukul berapa untuk mulakan full day tour tu. Memang jadual masa flexible. Ikut persetujuan kita dan dia. Kalau jadual kita tak okey, dia akan bagi suggestion lain. Memang senang bawak berbincang dengan Mas Lalu ni. Kalau terlebih masa pun dia okey je and takde extra charge pun dia kenakan. Bestttt!


Beralih topik pada makanan halal pulak...


As u know, majoriti masyarakat di Bali adalah beragama Hindu. Nampak macam orang Islam tapi sebenarnya bukan. Jadi, please be aware. Jangan makan kat restorang sebarangan. 

Breakfast - Beli je roti, biskut, coffee / milo 3 in 1. Breakfast dalam bilik hotel je sebelum memulakan perjalanan. Biasanya hotel memang ada sediakan breakfast, tapi status HALAL memang sangat diragui. Masa deal dengan Pak Yanto sebelum pergi tu, dia dah pesan tak payah ambil breakfast kat hotel.

Lunch / Dinner - Yang ni paling seronok sekali. Apa taknya! Memang semua jenis makanan kitorang try. Pak supir kami pulak pandai bawak tempat makan yang best-best. Kenyang tak hengat dibuatnya. Oh lupa nak inform. Amik lah pak supir yang beragama Islam supaya senang dia guide kita tempat makan yang betul-betul halal dan senang juga dia bawak kita pergi Musolla untuk solat.

Ni antara restoran makanan halal yang kitorang pergi..

1st day - Sampai dah malam. So terus dinner di Wong Solo. Menu lebih kurang sama je dengan Wong Solo kat Malaysia ni.

2nd day - Lunch di Kintamani. Buffet lunch. Sorry tak ingat pulak berapa harga untuk satu kepala. Tapi yang penting makanan memang super duper sedap! Makan pulak menghadap pemandangan yang sangat cantik. Cuaca sejuk macam kat Cameron Highland.
Dinner di Restoran Sederhana Bintang. Masakan Padang.. Tapi mahal gila!! Urghh.. Not recommended! Nama je sederhana tapi mahal.

Buffet lunch di kawasan gunung berapi, Kintamani.

3rd day - Lunch di Restoran Natrabu. Ni pun masakan Padang jugak. Haaa restoran ni memang bestt! Puas hati. Harga jauh lebih murah dari restorang Sederhana Bintang tu. Tempat pun lagi menarik. Siap ada pelamin orang Minang untuk customer bergambar. And of course makanan pun extra sedap. Alamak.. Meleleh dah air liur!! Hoho..




Dinner kami di Jimbaran Beach. Candle light dinner yaww! Romantic bangat! Makan tepi laut. Kerusi meja atas pasir. Duduk je atas kerusi, terbenam sikit. Haha. Angin tiup sekuat-kuatnya (takde pun sepoi-sepoi bahasa). Ditemani bunyi deruan ombak.. Cehh. But seriously, satu kenangan yang memang takkan dilupakan! Biasanya orang akan sampai sini lebih kurang pukul 6 petang. Sebab tak nak missed pemandangan sunset yang sangat awesome! Menambahkan lagi romantiknya kitorang. Haha. Lagi satu yang best.. Tengah makan, ada pulak band yang akan perform dari meja ke meja. Diorang nyanyi lagu Yank - Wali Band untuk kitorang. Huh? Layankan je la.. Oh perlu untuk korang tau, makan kat sini kena belanja lebih sikit coz harga dia agak mahal tapi really worth it! Rugi kalau tak datang sini..

Jimbaran Bay Seafood.

4th day - Dinner di Pawon Pasundan. Kali ni try makanan Sunda pulak. Pun sedap jugak. Suasana restorang yang open dan selesa. Decoration ala-ala dalam taman.
Dinner pula di airport sebab time ni kitorang dah nak fly balik Malaysia. Hihi..


Ok. Done! Phewww~ Tak sangka boleh type sepanjang ni.


TIPS :

  1. Selain Pak Yanto, boleh ambil pak supir lain yang dikateogrikan sebagai 'most-wanted'. Hihi, iaitu Pak Isme dan Yanto (Nama sama je dengan Pak Yanto, tapi Yanto ni dia muda orangnya).
  2. Ingat, cari Pak Supir yang beragama Islam!!
  3. Kalau nak order air masak di restoran, mintalah 'air Aqua' sebab air masak kat sana kadang-kadang dia bagi air paip. So banyak kes sakit perut. So kalau mintak 'air Aqua', dia akan bagi air mineral water, bukan drinking water.
  4. Banyak restoran kat sana kotor. Bila tengok kat lantai, ada ulat sampah (hasil review belog-belog lain). Tapi, restoran yang aku highlight kat atas tu, memang dijamin bersih 100%. Toilet pun bersih style hotel punya. Hehe.
  5. Pilih restorang yang betul-betul HALAL. Kadang-kadang dia tulis halal, tapi bila belek menu, ada Babi masak kicap. Wooww! So, please alert sikit dengan benda macam ni ok..
  6. Kalau nak beli roti, biskut, air mineral or snacks untuk kunyah-kunyah dalam bilik hotel, boleh la pergi ke Pepito Supermarket. Semua ada dalam tu. But again... Make sure pilih makanan yang kita biasa makan je. Nama biskut or makanan yang pelik-pelik tu tak payah gatal nak beli. Takut tak halal.
Sebelum check in hotel, singgah sini dulu. Borong makanan untuk 4 hari. Sebab kami laki bini memang suka mengunyah. HAHA!





* PART 3 nak cerita pasal tempat-tempat menarik yang kitorang sempat terjah. Tungguuuu! :P




Tuesday, February 4, 2014

Great Moment @ B A L I - Part 1

Assalamualaikum..

Diam tak diam. Rupanya dah nak dekat sebulan aku balik bercuti dari Bali. Tapi baru terhegeh-hegeh nak hapdet. Huhu. Cerita ke Bali ni mungkin agak panjang. So, nak kena bahagi kepada beberapa part. Tak tau lah sampai bila boleh habis semua part ni. Malas teramat nak menaip! Banyak sangat benda nak share kat sini. Buat kenangan untuk diri sendiri :) Dalam Part 1 ni just nak cerita pasal flight dan hotel je. Sebab tu la first thing yang kena buat dulu..



B to the A, to the L, to the I !! Hoyehhhh.. Here we gooooo..



Our journey began on 14th - 17th Jan 2014. Tak lama pun. 4 hari 3 malam je. Tak puas wooo! Aku booked ticket lebih kurang sebulan sebelum pergi. Takde promo pun time tu. So, agak mahal sikit la. RM880 untuk 2 orang. Kalau time promo boleh dapat RM 300 untuk 2 orang. Return okey! Murah kann? Mungkin ada yang lagi murah kottt.. Tak sure. Pandai-pandai la survey sendiri. Hoho!.Aku tak boleh amik tiket promo sebab husband tak menentu schedule cutinya. Kang dah beli tiket awal, sekali husband tak dapat cuti pulak. Menangis la aku jawapnya. That's why TERPAKSA beli tike time dia dah betul-betul confirmed tarikh cuti. Haihh.. Rugiii rugiii... Macam biasa, Air Asia jadi pilihan. Everyone can fly :)


Hoii.. Gemuknya makcik ni... Balik Bali lagi Gemuk jadinya. Haha! Abaikan..



Teringin sangat nak main-main atas awan. Fairy tales sangat! Huhu..

Beralih pada cerita hotel pulak. Kitorang dah booked hotel siap-siap sebelum pergi. Dah sehabis survey hotel mana yang best, then terus confirm booking tu and terus buat payment. Sampai sana senang. Tak payah keluar duit untuk hotel lagi. We stayed at Eden Hotel & Resorts for 3 nights. Hotel ni kat area Kuta. Fyi, Kuta ni 'bandar hidup'. Memang happening even dah tengah malam pun banyak lagi kedai bukak. Dekat dengan laut pulak tu. For more details, boleh google or search je kat Agoda.

Our room. Clean and comfy. Ruang pun luas juga.
Ada balcony with pool view. THUMBS UP!

Setelah penat seharian menjelajah dunia Bali, di balcony bilik ini lah kami suami isteri menghabiskan masa dan berehat.
Menyanyi bersama, snacking bersama, bergurau bersama sampai kena marah dengan husband sebab gelak kuat sangat. HAHA! View yang cantik ni yang menyebabkan kami rindu bangat tempat ini!



Ada bilik with pool access kat aras bawah sekali. Bukak je pintu, terus boleh ke pool.
Boleh feeling macam pool dalam rumah sendiri. Huhu. Kitorang rasa rugi jugak sebab tak amik bilik pool access ni.
Kononnya takut nanti bising sebab budak-budak mandi-manda and takde privacy. Sekali tengok takde pun budak-budak mandi. Suasana pun tenang je. Hampehh..

Sampai je hotel, terus check in. Masuk bilik, terkejut sebab ada surprise! Wooot wooot.. Berbunga-bunga hati sebab tak sangka diorang akan buat surprise untuk wedding annivessary kitorang. Masa booked hotel, memang aku ada inform pergi Bali sempena wedding annivessary kami yang ke-3. But seriously tak sangka pihak hotel nak bagi surprise. Hihi..  Masuk je bilik ada fresh flower yang sangat wangi kat atas katil. Then ada pulak kelopak-kelopak bunga kat atas lantai. Then tengok atas meja, ada kek and card wishes. Awww.. Romantik sangat! 

Comel tak kek? Logo Eden Hotel.
Abaikan ejaan yang ala-ala English di-indon kan. HAHA.

Habis dah part ni. Next part nak share tentang Pak Supir dan tempat makan yang halal lagi sedap hingga menjilat jari. Stay tuned! Hoho..


TIPS :
  1. Beli tiket time Airasia buat promo. Kalau dapat free seat lagi untung! Boleh cut cost kaw-kaw punya.
  2. Untuk jimatkan masa, sila print boarding pass sebelum bertolak pergi airport. So that, tak payah beratur lagi kat kiosk tu.
  3. Book hotel awal-awal sebelum pergi. Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan hotel semua full. Cara ni dapat jimat kos jugak tau. Gunalah tripadvisor untuk dapatkan rate harga yang paling rendah (samada agoda, booking.com, myhotel dan yang seangkatan dengannya). Harga walk-in jauh lagi mahal. Jadi, fikir-fikirkanlah.
  4. Carilah hotel area Kuta. Kalau di Seminyak, Legian, Ubud.. Semua pun okey jugak cuma tak berapa happening. Kuta adalah bandar yang strategik (tapi selalu jammed).
  5. Ada jugak orang yang nak merasa bermalam kat semua bandar. Malam pertama di Kuta, malam kedua di Seminyak dan seterusnya. Boleh jugak. But for me agak leceh untuk angkut barang memandangkan barang kami pun sebeban! Huhu.. Lagi pun ambil banyak masa pulak nak check out dan check in hotel baru. Tapi terpulang la pada plan korang.. 
  6. Tak payah ambil breakfast kat hotel. Sebab status halalnya diragui. Baik uolls beli roti, biskut or apa-apa lah untuk breakfast kat dalam bilik je.



Monday, January 13, 2014

Tomorrow Is The Day!!

Yeaaayyy! Holiday time!! Sekarang tak boleh nak cerita apa sebab tak pergi lagi kan. Lepas balik bercuti nanti baru la aku hapdet apa yang patut. Tu pun kalau rajin, Huahuahua. Current mood is packing barang. Haih.. Tak suka packing baju. Susah! Penat fikir nak bawak berapa helai, baju apa nak bawak, nak matchingkan tudung and baju. Seriously, leceh! 




Semoga perjalanan kami selamat dan dipermudahkan semuanya. InsyaAllah. Will update soon! 



Bye Malaysia. Off to Bali :)



Friday, December 27, 2013

Special Month Will End Soon

20 DEC 2013

Masa tarikh tu, aku ada kat Perlis. Berholiday tak berapa nak sakan dengan family terchenta. Almost four years tak jejakkan kaki kat sana. When I was there, I felt sooo excited. Mengimbau satu persatu sejarah lama kat negeri utara. Kedah, Perlis, Penang, Langkawi - The most memorable place ever! Susah nak describe how I missed the places, foods, friends.. Well, that's my student life! Penuh dengan cerita suka dan duka..  

Kitorang planned nak pergi Langkawi. Tapi disebabkan time ni cuti sekolah. So, ramai yang advice tak payah lah pergi. Because for sure there's no hotels available, memandangkan kitorang pun memang takde booked hotel pun kat sana. So kitorang stay kat Kangar je. Planned nak stay kat Kuala Perlis pun tak menjadi. Sebab? Semua hotel full. Huh! Kangaq pun bolehhh laaa. Daripada tidur kat dalam kereta kan. Nak dijadikan cerita, dua malam tidur kat kangar (putra Palace). Dua malam lagi tidur kat Alor Setar (Holiday Villa). Perjalanan yang jauh, tetapi berbaloi-baloi.. Will be there again next time, mungkin dengan geng-geng UUM pulak. Lagi havoc! InsyaAllah...

Eksaited gila dapat tengok pemandangan sawah padi ni dari dekat.. Macam jakun sangat je! Haha..

Untuk tarikh 20 Dis 2013 ni jugak, secara rasminya aku dah pun menaiki tangga umur setingkat lagi. Alhamdulillah, I'm now 27th! Ya Allah.. Dah tua!! Dulu kalau tengok orang umur 27 ni memang aku anggap dah tua. But now, aku dah 27.. Tua ke? Tak kottt! Haha..

Celebrate with family. Baskin Robbin memang kek favourite kitorang. Dulu, kini dan selamanya. Ahaks!
Si kecik tu memang wajib ada. Ramai-ramai nyanyi lagu Happy Birthday, tapi dia yang malu-malu. Haha. Comel betul..


Thanks pada semua yang wish. Seronoknya dapat wish dan doa banyak-banyak. Semoga doa kawan-kawan semua dimakbulkan Allah. Amin! Hadiah? Will update soon.. Ecehh.. Macam banyak sangat je gayanya! Haha. 

Umur dah meningkat, amalan pun kena la meningkat jugak (mak selalu pesan macam tu). InsyaAllah.. Semoga Allah permudahkan niat baik kita untuk ke jalan yang lurus.. Dah tak lama lagi nak masuk tahun baru. Macam biasa, set azam baru. Azam tahun ni ada yang tercapai, ada yang masih pending. Teruskan berusahan untuk achieve the targets! Don't give up! Yeyeahhhh....



psssttt... Berdebar pulak nak tunggu bulan depan. Nanti kita cerita kat next entry yang tak tau bila wujud. Hoho!



Saturday, December 14, 2013

Kuatkan Hati!

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar!!

Ujian kecil yang Allah bagi. Tapi rasa macam tak tertanggung. Hati resah, fikiran bercelaru.. Mungkin Allah turunkan ujian sebagai peringatan supaya jangan terlalu leka dan lalai. Mungkin juga inilah hikmah untuk aku terus mendekatkan diri kepadaNya...

Entah lah....

Tak boleh fikir dengan waras sekarang ni. Apa pun yang jadi sekarang dan akan datang, semuanya berbalik pada Allah swt.

Waktu kritikal macam ni sememangnya mengharapkan husband ada kat sebelah ni. Bila dipeluk mungkin kurang jugak rasa sedih ni kan.. Tapi apakan daya....

Harap aku dapat kekuatan untuk menerima apa je yang akan berlaku lepas ni. Yup, mesti kena kuat! Jangan give up. Jangan stress. Jangan mengeluh.. 

Rabbi Yassir Wala Tu'assir....



Saturday, November 23, 2013

One Bad Day!

Assalamualaikum!

Dah lama tak buat kerja macam ni. Menghapdet tengah-tengah pagi buta. It's already 2.30am but still not sleepy yet.. Bagus jugak tak dapat tidur. At least dapat jugak menjengah belog shayang saya ni..

Gonna tell you guys satu cerita tragis. It was happened two weeks ago. You know what??


ACCIDENT!!


Yes I am! Arrghhh.. Sampai sekarang rasa fobia lagi. Bila naik kereta mesti terbayang-bayang je kereta kena langgar. And the worst thing is sampai sekarang rasa takut gila nak drive. Pffff~

Okey macam ni ceritanya. Aku and husband baru sampai KL (balik daripada rumah mak mertua di Melaka). Kebetulan, mak aku ada kat KL jugak dan ajak kitorang keluar pergi Mid Valley. Bukan nak shopping apa pun. Cuma nak pergi cari birthday present untuk ayah. On the way pergi Mid Valley tu lah berlakunya saat-saat tragis ni.

Masa tu traffic was not so bad. Kereta banyak tapi takde lah jammed pun. Kereta pun semua laju-laju belaka. Tengah syok berborak dalam kereta, tiba-tiba husband terpaksa buat emergency break sebab tengah-tengah highway tu ada pulak kereta berhenti tengah jalan. Rupanya teksi yang berhenti. Memang sengal tahap cipan betul. Kereta depan kitorang ni pun terpaksa break emergency jugak sebab nak elakkan langgar si teksi tu tadi. Yang kereta kitorang ni pulak break emergency sebab nak elakkan langgar kereta depan tu (Honda City). Memang ngam-ngam dapat berhenti belakang Honda City tu. Kiranya bercium jugak la sikit bumper tu tapi tak kuat pun. Fuhh lega!

Nak dijadikan cerita... Ingatkan dah selamat. Rupanya ada kereta yang laju hentam kereta kitorang dari belakang. Memang kuat jugak la! Mungkin dia tengah laju and tak sempat nak break. Well you know, kat highway kan. Akibat hentaman kuat dari belakang, kereta kitorang ni pun sondol la kereta Honda City yang kat depan tu. Teksi yang menjadi punca tu boleh pulak blah macam tu je. Pehhhh geram gila! 

So sekarang ni, ada tiga kereta and we're the middle one. And of course kereta kitorang yang paling parah sebab kena hentam depan belakang. Tapi syukur sangat sebab takde kecederaan pada kitorang semua. Cuma aku terseliuh or tulang retak (tak sure sangat) kat kaki kanan. Mak pulak terhantuk and bengkak sikit kat kepala. Tapi aku dan mak dua-dua degil tak nak pergi klinik untuk check up. Hoho! Anak beranak sama je! Mak marah aku, aku marah mak :P

Part yang paling ngeri sekali bila aku terpaksa berhabisan tenaga pegang anak buah aku yang masa tu duduk atas riba aku kat depan (sebelah driver). Kalau aku tak pegang kuat, agaknya dah tercampak keluar dah budak tu. Nauzubillah! Masa husband break tu dah mula pegang dia kuat-kuat. Bila kena hentam dari belakang tu, aku pun rasa macam dah nak tercampak je. Tu yang pegang si kecik tu lagi kuat. Lepas tu dia menangis sekuat hati. Aku dengan paniknya peluk cium dia. Check satu badan dia kot-kot ada patah or lebam ke.. Memang cuak! Dah la anak orang tu. Jenuh nak menjawap kat mak bapak dia nanti. Huhuhu. Bila pujuk-pujuk dia, baru okey. Mak kata mungkin dia terkejut je.

Perasan tak bila satu kejadian tu berlaku, mesti ada perkataan 'nasib baik'. Walaupun benda tu memang teruk yang amat, tapi akan ada jugak 'nasib baik' dalam situasi tu. That's mean Allah sayangkan kita. Dia turunkan bala pada kita sebagai peringatan untuk kita dan orang lain. Biar kita sedar, biar kita tak lalai. Same goes here. Walaupun dah eksiden, kereta dah remuk depan belakang, kaki dah sakit, jalan pun dah macam penguin, tapi masih lagi bernasib baik sebab takde kecederaan serius pada kitorang semua. Allah nak tarik balik nikmat dan nyawa kita bila-bila masa je kan. Bernasib baik sebab yang hentam dari belakang tu hanyalah kereta, bukan lori or bas!! Bernasib baik jugak sebab hanya satu kereta je yang menghentam. Buatnya ada kereta lain lagi tak ke naya! Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah!




Penutupnya, plan nak beli birthday present untuk ayah tertangguh untill the next two days. Tu pun aku tak dapat join sebab keadaan kaki yang tak mengizinkan. Even sampai sekarang pun kaki tak okey lagi. Sakit wooo! Entah bila nak baik ni. Hurmm.. Kereta pulak dah siap repair. Tak ambil masa lama pun nak settlekan semua yang macam kitorang jangkakan. Alhamdulillah dipermudahkan. Ehh baru perasan takde upload gambar eksiden. Alahaii.. Lupa! Next time je ye..

Okey. Panjang dah entry kali ni. Makin segar pulak mata ni sebab sambil menaip, gambaran masa eksiden tu jelas terbayang-bayang. Memang fobia sangat! Hope dapat la lelapkan mata lepas ni..


Nite peeps!


* Malang tidak berbau. Banyakkan berzikir agar dihindarkan dari segala kesusahan. Remind myself too.



Sunday, November 3, 2013

Gula dan Diet

Lately, nafsu nak makan makanan manis-manis makin membuak-buak. Hari-hari mesti terliur dengan kek lah, aiskrim lah, cheese tart lah, coklat lah.. Gila betul!! Punya lah teruk sampai bila tengok gambar, nak terus makan je.. Pffff~

A few days back, tengok iklan chocolate cheese cake kat Facebook. Gambar pulak memang ohsem! Cheese meleleh-leleh!! Memang tak tahan. Terus call seller tu nak order. Alhamdulillah.. Malam tu jugak dapat. Rasa macam tak nak share dengan sesiapa. Haha. Walaupun sebenarnya kek tu takde lah sedap sangat pun. Biasa je kot. Tapi rasa nikmat sangat bila dapat makan.. Pehal la teruk sangat perangai sekarang??? 




Bila terasa nak makan tu, tak hiraukan pun nanti jadi makin gemuk, berat pun naik. Bila dah puas makan baru terfikir benda-benda tu semua. Tak boleh tengok gambar-gambar desert. Boleh jadi gila dibuatnya. Terbayang-bayang 24 hours. Haha.. Teruk kann??

The worse thing is I'm on diet right now. Ada lose weight challenge antara my besties! (will update this sooner or later). Habis kalau dah makan macam ni, nak diet macam mana?? Arrgghhh.. Stress!! Tak guna la kalau aku buat work out exercise bagai, minum air berliter-liter, tapi tak elakkan makanan manis. Padahal memang dah sedia maklum, gula adalah pemusnah diet no. 1. Wahh! Memang confrim kalah la kalau berterusan je macam ni!

Tak tau lah bila nafsu ni akan pergi. Ni dugaan berdiet namanya ni.. Hoho


Ada tips nak amalkan healthy diet? Meh share :)



Tuesday, October 22, 2013

Wordless Wednesday #3

Craving for this.....



Burger Bakar Abang Burn
Telan air liur.. Slurrrpp!



Friday, October 18, 2013

It's All About Husband and Wife

I've read this from my friend's post in Whatssap. I found it interesting. Hope you do too..


"Marriage is a school where you get the certificate before you start."


A school  where you will never graduate.
A school without a break or a free period.
A school where no one is allowed to drop out.
A school which you will have to attend every day of your life.
A school where there is no sick leave or holidays.

A school founded by the Almighty :
  1. On the foundation of love,
  2. The walls made of trust,
  3. The door made of acceptance,
  4. The windows made of understanding,
  5. The furnitures made of blessings,
  6. The roof made of faith.


Before you forget, you are just a student, not the principal. The Almighty is the principal.
Even at times of a storm, don't be unwise and run outside.
Remember this school is the safest place to be.
Never go to sleep before completing your assignments for the day.


Never forget the C word - Communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.

If you find something in your classmate (spouse) that you do not appeciate, remember your classmate is also just a student, not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet. So, take it as a challenge and work on it together.

Do not forget the study, study, study the Al-Quran (the main textbook in this school).

Start each day with a sacred assembly and end it the same way.
Sometimes you will feel like not attending class, yet you havc to.
When tempted to quit, find the courage and continue.
Some tests and exams may be tough, but remember the Principal knows how much you can bear.

Still, it is one of the best schools on earth ; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day.
Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject.
After all the years being theoretical about it, now you have a chance to practice it.

To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all.

Marriage is a place of love, so love your spouse but remember :
"The class doesn't involve a person who is not permitted into it!" 
If you invite your mother or father or your friends to this class, or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam.

It is you who should attend and it is you who will pass.
It's your choice today : "build it or break it".





Ya Allah.. Rahmatilah dan berkatilah kehidupan kami suami isteri. Aaminn~