Tuesday, February 4, 2014

Great Moment @ B A L I - Part 1

Assalamualaikum..

Diam tak diam. Rupanya dah nak dekat sebulan aku balik bercuti dari Bali. Tapi baru terhegeh-hegeh nak hapdet. Huhu. Cerita ke Bali ni mungkin agak panjang. So, nak kena bahagi kepada beberapa part. Tak tau lah sampai bila boleh habis semua part ni. Malas teramat nak menaip! Banyak sangat benda nak share kat sini. Buat kenangan untuk diri sendiri :) Dalam Part 1 ni just nak cerita pasal flight dan hotel je. Sebab tu la first thing yang kena buat dulu..



B to the A, to the L, to the I !! Hoyehhhh.. Here we gooooo..



Our journey began on 14th - 17th Jan 2014. Tak lama pun. 4 hari 3 malam je. Tak puas wooo! Aku booked ticket lebih kurang sebulan sebelum pergi. Takde promo pun time tu. So, agak mahal sikit la. RM880 untuk 2 orang. Kalau time promo boleh dapat RM 300 untuk 2 orang. Return okey! Murah kann? Mungkin ada yang lagi murah kottt.. Tak sure. Pandai-pandai la survey sendiri. Hoho!.Aku tak boleh amik tiket promo sebab husband tak menentu schedule cutinya. Kang dah beli tiket awal, sekali husband tak dapat cuti pulak. Menangis la aku jawapnya. That's why TERPAKSA beli tike time dia dah betul-betul confirmed tarikh cuti. Haihh.. Rugiii rugiii... Macam biasa, Air Asia jadi pilihan. Everyone can fly :)


Hoii.. Gemuknya makcik ni... Balik Bali lagi Gemuk jadinya. Haha! Abaikan..



Teringin sangat nak main-main atas awan. Fairy tales sangat! Huhu..

Beralih pada cerita hotel pulak. Kitorang dah booked hotel siap-siap sebelum pergi. Dah sehabis survey hotel mana yang best, then terus confirm booking tu and terus buat payment. Sampai sana senang. Tak payah keluar duit untuk hotel lagi. We stayed at Eden Hotel & Resorts for 3 nights. Hotel ni kat area Kuta. Fyi, Kuta ni 'bandar hidup'. Memang happening even dah tengah malam pun banyak lagi kedai bukak. Dekat dengan laut pulak tu. For more details, boleh google or search je kat Agoda.

Our room. Clean and comfy. Ruang pun luas juga.
Ada balcony with pool view. THUMBS UP!

Setelah penat seharian menjelajah dunia Bali, di balcony bilik ini lah kami suami isteri menghabiskan masa dan berehat.
Menyanyi bersama, snacking bersama, bergurau bersama sampai kena marah dengan husband sebab gelak kuat sangat. HAHA! View yang cantik ni yang menyebabkan kami rindu bangat tempat ini!



Ada bilik with pool access kat aras bawah sekali. Bukak je pintu, terus boleh ke pool.
Boleh feeling macam pool dalam rumah sendiri. Huhu. Kitorang rasa rugi jugak sebab tak amik bilik pool access ni.
Kononnya takut nanti bising sebab budak-budak mandi-manda and takde privacy. Sekali tengok takde pun budak-budak mandi. Suasana pun tenang je. Hampehh..

Sampai je hotel, terus check in. Masuk bilik, terkejut sebab ada surprise! Wooot wooot.. Berbunga-bunga hati sebab tak sangka diorang akan buat surprise untuk wedding annivessary kitorang. Masa booked hotel, memang aku ada inform pergi Bali sempena wedding annivessary kami yang ke-3. But seriously tak sangka pihak hotel nak bagi surprise. Hihi..  Masuk je bilik ada fresh flower yang sangat wangi kat atas katil. Then ada pulak kelopak-kelopak bunga kat atas lantai. Then tengok atas meja, ada kek and card wishes. Awww.. Romantik sangat! 

Comel tak kek? Logo Eden Hotel.
Abaikan ejaan yang ala-ala English di-indon kan. HAHA.

Habis dah part ni. Next part nak share tentang Pak Supir dan tempat makan yang halal lagi sedap hingga menjilat jari. Stay tuned! Hoho..


TIPS :
  1. Beli tiket time Airasia buat promo. Kalau dapat free seat lagi untung! Boleh cut cost kaw-kaw punya.
  2. Untuk jimatkan masa, sila print boarding pass sebelum bertolak pergi airport. So that, tak payah beratur lagi kat kiosk tu.
  3. Book hotel awal-awal sebelum pergi. Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan hotel semua full. Cara ni dapat jimat kos jugak tau. Gunalah tripadvisor untuk dapatkan rate harga yang paling rendah (samada agoda, booking.com, myhotel dan yang seangkatan dengannya). Harga walk-in jauh lagi mahal. Jadi, fikir-fikirkanlah.
  4. Carilah hotel area Kuta. Kalau di Seminyak, Legian, Ubud.. Semua pun okey jugak cuma tak berapa happening. Kuta adalah bandar yang strategik (tapi selalu jammed).
  5. Ada jugak orang yang nak merasa bermalam kat semua bandar. Malam pertama di Kuta, malam kedua di Seminyak dan seterusnya. Boleh jugak. But for me agak leceh untuk angkut barang memandangkan barang kami pun sebeban! Huhu.. Lagi pun ambil banyak masa pulak nak check out dan check in hotel baru. Tapi terpulang la pada plan korang.. 
  6. Tak payah ambil breakfast kat hotel. Sebab status halalnya diragui. Baik uolls beli roti, biskut or apa-apa lah untuk breakfast kat dalam bilik je.



6 comments:

Anum said...

bestnya bali.. dalam planing nak pg tempat2 lain di indon anum dah pergi dah.. hehe singgah n follow u

AuraFIza said...

Nurzakiah Hanum

Lepas ni pegi Bali pulak okey! Memang syok!! Kalau nak pegi, ajak la sekali. Nak pegi lagi sekali niii.. HAHA..

Thanks for dropping by :)

.::: Princess MOMOY :::. said...

salam dear
bestnya
gi bali ada pergi spa dia tak
nanti jangan lupa part two tau
dan tag momoy juga
takut tak perasan nanti

Rafi said...

Fulamakkk!! Very very nice info..tq fiz.dah ada info macam ni senang la nak gi nanti..tq2.. Nice photo..cantik! Suka view dari tingkap plane tu..fiz guna camera apa ni..cepat sambung entri pls..heheh

AuraFIza said...

.::: Princess MOMOY :::.

Ya Allah... Pegi spa dia paling best!! Dah la murahhh... Nanti kita sambung k part 2. Tapi tak tau la bila.. Hikhik. Penyakit M melanda.. Aiyaaakkk!!


Rafi

Bila abg nak pegi?? Nak ikot!! Haha.. Best tau. Macam nak pegi lagi jek! Org pakai camera biasa je. Takde camera mahal pon. Huhu.. Next entry will be update soon. Tapi tak tau lagi sebulan ke, dua bulan ke.. Muaahhaha..

Unknown said...

nike outlet, air max, nike roshe run, prada handbags, replica watches, ray ban sunglasses, nike free, sac longchamp, louis vuitton, ray ban sunglasses, longchamp outlet, louboutin, tiffany jewelry, louboutin pas cher, longchamp outlet, tory burch outlet, michael kors, ray ban sunglasses, louis vuitton outlet, jordan shoes, longchamp, replica watches, oakley sunglasses, louis vuitton, ugg boots, kate spade outlet, uggs on sale, louis vuitton outlet, ralph lauren pas cher, ugg boots, air jordan pas cher, nike air max, oakley sunglasses, gucci outlet, polo ralph lauren outlet, tiffany and co, cheap oakley sunglasses, burberry, longchamp pas cher, prada outlet, louboutin shoes, oakley sunglasses, christian louboutin outlet, louis vuitton, oakley sunglasses, chanel handbags, nike free, louboutin outlet, nike air max, polo ralph lauren outlet