Wednesday, February 15, 2012

Dah Setahun!

Setahun yang lepas, pada pukul 10.36 pagi ni, rumah saya sangat riuh. Sedara-mara semua ada. Aku pun tengah busy plus berdebar sangat-sangat. Mak Andam datang touch-up pelamin. Dan saya rasa sangat berpuas hati dengan pelamin tu. Kawan-kawan rapat ada yang datang tolong-tolong apa yang patut. Memang meriah sangat sangat sangat!! Seronoknya!


Tapi tu setahun yang lepas. Pada hari ini, pada waktu yang sama, saya tengah mengadap lappy je, sibuk sangat buat business online. Tak mandi! Badan makin besar.. Huhu. Dari segi fizikal, semuanya berubah! Totally change!



Hari ni 16 Febuari 2012

Dah setahun rupanya saya menjadi isteri orang. Dah setahun rupanya majlis pernikahan saya berlalu. Dah setahun rupanya!!!!!!!! Ergghhh.. Apsal masa berlalu cepat sangat ni??

Walau apa pun, saya rasa bersyukur sangat sebab dikurniakan kebahagiaan bersama suami tersayang. Alhamdulillah.. Kami dapat menempuh banyak dugaan yang datang dalam rumahtangga kami sepanjang setahun ni. Hati ditetapkan, dan cinta dinoktahkan. Cecehhh.. Ayat puitis di hari Annivesary ni :)

Cuma satu je.. Walaupun dah setahun usia perkahwinan kami ni, tapi kami belum lagi dikurniakan anak. Sangat sedih dan stress jugak! Kawan-kawan yang kahwin selepas kami pun dah ada baby yang comel-comel. Mungkin Allah nak menduga sejauh mana kesabaran kami. dan sesungguhnya Allah lebih mengetahuinya. So, kami redha. Mencuba dan terus mencuba. InsyaAllah, satu hari nanti doa akan dimakbulkan.

Sempena Annivessary ni, kitorang dah pun honeymoon kat Cameron Highland, as stated in previous entry. Gambar memang malas nak upload! Sorry :) Sepatutnya pergi sana 3 hari 2 malam. Tapi bila sampai sana, hari kedua dah balik. HAHAHA.. Sangat kelakar, okeh! Sebab rasa macam boring. Semua tempat dah pergi. Seriously, boring! Haha. Orang kata Cameron Highland memang tempat sesuai untuk honeymoon. Memang betul. Tak dinafikan. Suasana sangat romantik, sejuk dan tenang. Tapi kenapa ntah memang tak serasa dengan jiwa kitorang. Tu yang balik awal. Huhu. Apa pun, kami tetap rasa seronok. Sweet Memory (sengih sorang-sorang)..

Okey lah! Semoga apa yang saya impikan bersama suami akan tercapai. Maybe before our second Annivesary. I hope so... Dan semoga kebahagiaan ni akan terus berkekalan sampai ke syurga. InsyaAllah. Pray for our happiness ya! Harapan teringgi adalah semoga Allah makbulkan doa kami untuk menjadi Ibu dan Ayah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Lat but not least, I love Inchik Hubby damn much! Nothing gonna change my love for you (..sambil nyanyi-nyanyi)..



3 comments:

shamyheart said...

Oh dh khwn rupanya. Xleh ng0rat dh. Hehe.

Jgnlh stress2. Brlapang dada dgn ujian. Xada ank, enj0y dlu hdup rmntik2 dgn suami.

Ui knpa bdn naik? Buat biz apa tu?

AuraFIza said...

Haa la! Dah setahun lebih kawin. Lambat sangat nak ngorat! Haha..

Tak sabo benor nak ada baby.. Tu yang tertunggu2 setiap masa. Doakan ada rezeki kitorang k..

Badan dah gemok sangat. Last week timbang kt hospital. Mak aih!! Berat bertambah lagi mengalahkan orang pregnant. Risau tol! Pada hal dah cover makan tau. Makan nasik pun sikit2 je..

Kite buat business online je. Tapi sekarang 'kedai' tutup sementara.. Sebab sibuk sangat follow hubby outstatin. Huhu..

Unknown said...

nike outlet, air max, nike roshe run, prada handbags, replica watches, ray ban sunglasses, nike free, sac longchamp, louis vuitton, ray ban sunglasses, longchamp outlet, louboutin, tiffany jewelry, louboutin pas cher, longchamp outlet, tory burch outlet, michael kors, ray ban sunglasses, louis vuitton outlet, jordan shoes, longchamp, replica watches, oakley sunglasses, louis vuitton, ugg boots, kate spade outlet, uggs on sale, louis vuitton outlet, ralph lauren pas cher, ugg boots, air jordan pas cher, nike air max, oakley sunglasses, gucci outlet, polo ralph lauren outlet, tiffany and co, cheap oakley sunglasses, burberry, longchamp pas cher, prada outlet, louboutin shoes, oakley sunglasses, christian louboutin outlet, louis vuitton, oakley sunglasses, chanel handbags, nike free, louboutin outlet, nike air max, polo ralph lauren outlet