Saturday, June 11, 2011

Saat Bergelar Seorang Isteri - Part 3

Klik saja :


Orait. Finally, sampai jugak the last part ni. Entry yang dah lama tertangguh. Tak publish, macam sayang pulak. Because this is another part of my life. That's why it should be publish in my blog. Big Day yaw!!

Don't waste time!



Majlis resepsi belah husband. Mak mertua memang naaaak sangat kami kahwin pakai baju songket penuh. Sekarang ni memang jarang orang pakai camtu. Carik punya carik, jumpa jugak Mak Andam yang boleh sediakan songket penuh ni. Kali ni, tema kaler krim. Nice :)

Let's pictures talk!



Itu aje la gambar yang sempat diupload sekarang. Masa takde ni. Nak kena masak. Jap lagi hubby balik nak makan. Ehem ehem :P

Majlis berjalan dengan lancar. Meriah dan riuh dibuatnya dengan gelagat all the kerabats. Semua sporting habissss. Makcik pakcik pun tak nak kalah. Berkaraoke bagai.. Hehe. Dengan posing sini sana. Dengan anggota RELA pun sempat bergambar. Adoiii... Memang seronok sangat.

Bila dah nak habis majlis, tetamu pun dah balik, ada la sorang Makcik dia panggil aku untuk karaoke. Aku pun apa lagi. Kesukaan tuu. Huhu. Dia suruh nyanyi lagu dangdut, aku on je. Rupanya aku tak sedar, bahawa pelawaan untuk menyanyi tu adalah satu helah semata-mata. Chaiiittttttttt... Nak tau apa yang diorang dah buat kat pengantin?? Yes, ini diaaaa!!

.

.

.

.



HAHA.. Hambek kau! Pengantin kena kek sudaahh! Hubby sempat jugak tukar baju tshirt. Yang aku ni, dengan bulu mata palsu tu lagi, dengan aksesori semua tu, habisssssssss semua disaluti kek! Nyum Nyum. Hakhak. Tak cukup dengan kek, diorang tabur tepung. Telur lagi!! Bayangkan la macam mana. Bau jangan cerita la kan. Adoih.. Memang sakit perut bergelak ketawa. Huhu. Tengah syok berdangdut, kena lumur kek pulak. Potong stim betul. Hehe.

Itulah dia aksi-aksi yang takkan dapat dilupakan. Pengantin comel-lote di awal majlis, tapi jadik comot pulak akhir-akhir majlis tu. Hukhuk.

Okey. Selesai sudah entri-entri kahwin saya. Jangan ucap 'Selamat Pengantin Baru' ye.. Kena ucap 'Selamat Pengantin Lama'. Sebab dah nak masuk 4 bulan dah kami kahwin. Hehehe..

Last but not least, just wanna say a bunch of thanks to all the family members, friends, Yassin Group, jiran-jiran, dan sesiapa juga lah yang terlibat sepanjang 3 hari majlis ini berjalan. A billion thanks pada yang memberi sumbangan dan hadiah-hadiah. A billion thanks too to our pengapit, Fana dan Iss. Sangat terharu la! Terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan yang dah menjayakan dan memeriahkan majlis kami. Dan tak lupa juga, ucapan terima kasih pada bloggers yang send your wish kat kami. Thanks a lot!! I love you all damn much!!
(Macam ucapan Anugerah Bintang Popular).